Thursday 18 December 2014

H3-1-Video Buya Hamka-Part 1



Video  Kisah Buya Hamka(Part 1) diceritakan oleh Pak Hanif Tashid kepojakan Buya Hamka (Anak saudara Buya Hamka). Kisah berkenaan Hamka semasa zaman kanak-kanak  yang lebih dikenali sebagai Abd Malek.


Wednesday 17 December 2014

H4-1-Video Taman Panaroma dan Lobang Jepang



Gambar yang ada pada video ini diambil pada 11/12/2014 ketika lawatan kami ke  Panaroma dan Lobang Jepang. Gambar ini diambil menggunakan smart phone samsung Note 3. Suasana indah dan nyaman di kawasan panaroma.

H2-2-Video Tasik Singkarak

Tasik Singkarak (Danau Singkarak)


Video ini dirakamkan ketika kami menaiki bot menjelajah persekitaran Tasik Singkarak. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6.00 petang waktu Sumatera Barat. Bot disewa dengan harga Rp 200,000.00 untuk 1 trip yang boleh memuatkan 15 orang penumpang.Video ini dirakam pada 09/12/2014 (Selasa).



H2-1-Video Lembah Harau

LembaHarau dan Lembah Echo





Lembah Harau mempunyai pemandangan yang indah. Tempat ini merupakan  lokasi pelancungan khususnya mereka yang datang daripada Pekan Baru, Padang, Aceh dan juga Jakarta. Tidak ketinggalan, pelancung daripada Malaysia pun datang ke sini.

Tuesday 16 December 2014

H1-1-Video Ketibaan di Padang


Ketibaan di Padang



Video ini berkisar pada hari pertama ketibaan  trip kami di Padang. Trip ini tiba di Bandara Minangkabau dan seterusnya ke Rumah Makan Lamun Ombak dan diikuti  ke Pusat Dokumentasi Bukit Tinggi


Monday 15 December 2014

Hari Kelima – 12/12/2014

Hari Kelima  – 12/12/2014
Jumaat

Hari ini merupakan hari terakhir dalam siri Kembara Padang-Bukit Tingg Sumatera Barat. Awal pagi aku telah bangun. Di bilik 520 aku menginap di Axana Hotel. Aku menunaikan solat. Selepas itu aku turun ke Lobby Hotel. Aku jumpa dengan Pak Supir iaitu Pak Aeral dan juga pembantunya Pak Rahmat. Seramai 4  orang daripada kami balik awal. Mereka menaiki pesawat pukul 8.30 pagi. Jadi oleh kerana nak mengelakkan jalan macet , maka mereka bertolak awal dari Axana Hotel. Bas yang dipandu oleh Pak Aerallah yang akan menghantar mereka berempat.

Hotel Axana di Padang

Sementara 11 orang lagi akan balik pukul 2.25 petang. Jadi aku mengucapkan terima kasih kepada Pak Aeral dan Pak Rahmat yang telah membantu kami sepanjang kembara 5D 4N. Semuga bertemu lagi di lain masa.

Sarapan pagi di Axana Hotel

Sarapan pagi

Di Restaurant Axana Hotel

Maka tinggalah kami 11 orang.  Jadi aku masih ada masa lagi. Aku meronda-ronda  sekitar  bandar Padang. Pagi itu aku pergi ke Hotel Bunda di Padang. Bertemu rakan aku yang datang dari Malaysia.  Selepas itu aku meneruskan rondaan ke Pasar di Padang. Di samping itu aku juga meronda di pesekitaran Axana Hotel. Misalnya berdekatan dengan Axana terdapat beberapa hotel lain seperti Hotel Bumi Minag dan juga Sekolah SMP Kota Padang. Di hadapan Axana terdapat Kantor Militeri. Situasi pagi itu menampakkan kesibokan.

Hotel Bunda di Padang


Apa yang aku perhatikan,  sekitar  Pasar Kota Padang, kebersihan kurang terjaga. Walaubagaimana pun rondaan aku tetap teruskan. Di Kota Padang di waktu pagi agak berlainan dengan di Bukit Tinggi.

Cuaca di sini agak panas. Mengikut kata Pak Pahmi, waktu tengahari, suhu boleh mencecah 38 darjah celcius. Sebab itulah di pantai padang, ketika waktu tengahari kurang dikunjungi  oleh pelancung mahupun penduduk tempatan.

Sebuah masjid di Kota Padang


Tepat pukul 7.00 pagi aku ke ruang restaurant  Axana Hotel untuk sarapan pagi. Kali ini banyaklah menu yang boleh dipilih. Misalnya nasi goreng, roti bakar, lontong, mee dan dalin-lain. Boleh makan dan bersantai sehingga pukul 10.00 pagi. Suasana di sini tenang. Aku dapati pengunjung tempatan amat kurang di hotel ini. Maklumlah , hotel ini bertaraf **** bintang. Aku booking hotel ini dengan harapan dapatlah penginapan yang agak selesa setelah penat dalam siri kembara jelajah Padang-Bukit Tinggi. Aku berada di restaurant sehingga pukul 9.00 pagi.

Urusan laguage di Bandara Minangkabau


Kami terpaksa berkumpul semula di Lobby Hotel pulul 11.30 pagi. Masa ni nak check out sebelum bertolak ke Bandara Minangkabau( bandara bererti bandar udara). Kalau di Malaysia ia dikenali lapangan terbang (airport). Tepat pukul 11.30 pagi bapak Pahmi telah menunggu kami di Lobby untuk urusan yang seterusnya.


Pak Pahmi membantu urusan lagguage

Seterusnya kami bertolak ke  Bandara Minangkabau, Padang. Pukul 12.00 tengahari kami sampai di sini. Kami check in. Kami membuat  pendaftaran untuk luggage, Kami dibantu oleh Pak Pahmi. Bayaran cukai Airport sebanyak Rp 100,000.00 dikenakan untuk setiap orang. Jadi kami kena bayar sebanyak Rp 1,100,000.00 untuk 11 orang. Pada masa ini memang terlalu ramai manusia   khususnya rakyat Malaysia untuk pulang ke KLIA2 setelah urusan bercuti selesai. Kami dapat melepasi semua urusan dan dapat berlepas pada pukul 1.30 tengahari. Penerbangan kami menggunakan AK404 berlepas 2.25 petang. Tapi kali ini agak lewat sedikit. Kami berlepas pukul 3.00 petang.


Kaunter pembayaran Cukai Airport

Tepat pukul 5.00 petang, kami selamat mendarat di KLIA 2. Di sini kami kena melalui check point iaitu imigeresen. Ada yang menggunakan  check secara manual dan ada juga yang menggunakan  check  pintu automatik. Aku gunakan pintu automatik. Alhamdulilah.... semuanya selamat.

Pesawat yang kami  naiki selamat mendarat


Balai Ketibaan

Balai Ketibaan


Mengambil bagasi




Kami ambil bagasi di ruang yang disediakan. Akhirnya kami ke tempat letak kenderaan. Sebenarnya aku letak kereta aku di  tempat letak kereta di KLIA2. Nah...... bayaran dikenakan RM222.00 untuk tempuh 5 hari. Nak keluar punya pasal, kenalah bayar. 

Berehat sebentar sebelum ke parking kereta


Hari Keempat – 11/12/2014 (Part 2)

Hari Keempat  – 11/12/2014 (Part 2)
Khamis


Air Terjun Lembah Anai

Kami sampai di sini pukul 4.00 petang. Kami turun dan terus menuju ke Air Terjun tersebut. Aku dapati memanglah tinggi air terjun ini. Ia menjadi tarikan para pelancung untuk datang ke sini.

Gerbang Air Terjun Lembah Anai 


Jika anda  melewati jalur lintas Bukit Tinggi ke Padang maka anda akan melewati Lembah Anai. Lembah Anai terletak di Nagari Singgalang Kecamatan X Koto di jalan raya Padang-Bukittinggi. Lembah Anai terkenal dengan captionaktiviti pelancungan dengan air terjunnya. Air terjun yang berketinggian sekitar 35 meter ini, merupakan bagian dari aliran Sungai Batang Lurah Dalam dari Gunung Singgalang yang menuju daerah patahan Anai. Air terjun ini berada di bagian barat Cagar Alam Lembah Anai. Airnya sangat jernih mengalir menyusuri perbukitan menuju lereng dan mengalir terus melewati jalan yang berkelok-kelok dengan pemandangan yang indah. Di sebelah kanan dan kiri jalan anda dapat menyaksikan lembah dan bukit yang menghijau ditumbuhi aneka pohon. Di sepanjang jalan menuju Air Terjun Lembah Anai anda juga dapat menyaksikan monyet-monyet yang berkeliaran seakan-akan dengan senang hati menyambut kehadiran para pelancung  yang datang dari jauh. Bila kita  menempuhnya dari kota Padang ke Pelancungan  Air Terjun Lembah Anai ini, kita  akan masa selama kurang lebih satu jam perjalanan darat.

Kawasan pelancungan ini termasuk dalam kawasan konservasi lembah anai. Dengan lokasi yang di pinggir jalan sehingga banyak menyita penglihatan orang-orang yang melewatinya untuk sejenak mengunjunginya atau menengoknya.

Air Terjun Lembah Anai

Kita akan  dapat menikmati beberapa kemudahan  yang ada di wisatakawasan  air terjun Lembah Anai ini. Di tempat tersebut telah tersedia beberapa warung untuk anda beristirahat bagi  menikmati makanan serta minuman yang disediakan pastinya masakan khas dari Sumatera Barat. Selain itu kita juga dapat menikmati oleh-oleh atau makanan ringan khas Sumatera Barat.


Puntu ,asuk Air Terjun Lembah Anai

Untuk yang membawa kenderaan ke  air terjun lembah anai ini disediakan  tempat letak kenderaan yang cukup luas. Kita tidak perlu bimbang jika hendak  berkunjung kemudahan parking yang disediakan mencukupi. Kemudahan lain iaitu toilet bagi para pengunjung yang mau mandi dan lainnya.



Bergambar di Air Terjun Lembah Anai


Bagi anda yang tidak sempat mempersiapkan makanan pula tidak usah khawatir kerana di sepanjang warung makan terdapat aneka hidangan khas Padang. Untuk kenyamanan anda disini juga disediakan tempat letak kenderaan yang cukup luas selain itu juga terdapat kemudahan bilik  mandi. Banyak tersedia penginapan yang disewakan oleh penduduk setempat, harganya pun beraneka macam. Disewakan bagi anda yang berasal dari luar kota atau luar pulau. Namun jika anda ingin menginap di hotel yang berbintang anda dapat menginap di pusat Kota Padang atau Bukittinggi.


Aku menghabiskan masa di sini lebih kurnag 40 minit sahaja. Bukan apa, cuma nak ambil gambar dan merakam suasana  Lembah anai melalui video. Mengikut ceritanya sesiapa sahaja yang membasuh muka menggunakan air  terjun ini dikatakan dapat mengekekalkan awet muda. Sejauh mana kebenarnya, anda boleh cuba sendiri jika berkunjung ke tempat ini.

Untuk pengetahuan anda, di bahagian bawah pintu masuk, akan terdapat juru foto yang tidak diundang akan mengambil gambar anda tanpa kebenaran pun. Lepas itu, juru foto ni akan mencetak dan menjual kepada  kumpulan sasar. Berhati-hatilah jangan sampai  gambar anda diambil tanpa restu anda.

Padang Sumatera Barat

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Padang. Perjalanan kali ini agak lancar. Keadaan  topografii adalah rata. Jalan  utama kami lalui untuk ke Padang.

Suasana Teluk Bayu di waktu petang


Bagi warga Kota Padang, pantai padang sering juga di sebut dengan TAPLAU ( TAPI LAUIK ), Pantai padang adalah salah satu tujuan pelancung  kalau ke Kota Padang. Tapi kalau malam hari di sini sangat ramai pe muda mudi nongkrong (duduk)  sambil menikmati jagung bakar atau pisang bakar. Kalau pada malam minggu pada di persimpang empat selalu ada atraksi mobil.
Pelabuhan Teluk Bayu di Padang


Perjalanan kami diteruskan ke Teluk Bayu Padang. Di sini terdapat sebuah pelabuhan yang dikenali  Pelabuhan Teluk Bayu. Pelabuhan ini tidak dibuka kepada pelancung. Jadi kami mengambil gambar di Teluk Bayu. Waktu petang sebegini memang ramai  penduduk tempatan berkumpul sambil memancing untuk  keperluan sendiri. Kami menghabiskan masa di sini selama 30 minit.

Sebuah taxi di Padang


Aku sempat juga melihat pemuda  Padang memancing ikan. Aku dapati tak banyak ikan yang diperolehi, Saiz ikan agak kecil. Di satu sudut yang lain terdapat penjaja menjual sate menggunakan spider (motosikal) Mereka bekerja bersungguh-sungguh bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal.
Penjual sate di Teluk Bayu

Aku diberi tahu, penduduk padang bukanlah terdiri daripada orang Minang semata-mata. Kebanyakan yang ada di sini adalah migran yang datang dengan tujuan untuk berniaga. Ramai penduduk dari luar dan menetap di Padang.

Jambatan Siti Nurbahayah

Kami meneruskan perjalanan dan singgah di Jambatan Siti Nurbahayah. Jambatn ini mempunyai kisal mitos yang tersendiri. Suasana di jambatan ini kelihatan nyaman. Kami sampai, hari mulai senja. Jadi di kiri kanan jambatan ini terdapat para penjaja menjual jagung bakar dan juga jagung rebus. Disediakan juga bangku untuk pelanggan duduk sambil makan makanan ringan. Kebanyakan pelanggan adalah terdiri daripada penduduk tempatan.

Jambatan Siti Nurbahyah


Rumah Makan Mama Rest

Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Apa lagi kemi meneruskan perjalanan ke Rumah Makan Mama Rest. Di sini hidangan dalam bentuk layan diri. Boleh ambil apa sahaja makanan tanpa had . Tapi tidak boleh dibawa keluar. Hanya makan di sini. Hidangan buffet katakan.Ada disediakan kemudahan  WiFi di Mama Rest. Kami cuba memanfaatkan kemudahan yang sedia ada untuk mengakses internet melalui smart phone. Aku tidak mencadangkan rumah makan Mama Rest sebagai persinggahan untuk makan. Tidak banyak pilihan walaupun dalam bentuk hidangan buffet. Bagi anda yang ingin ke Padang, cari lah rumah makan  yang lain.



Hotel Axana 


Pandangan Hadapan  Axana Hotel

Pukul 8.30 malam barulah kami sampai di Hotel Axana, di Padang. Hotel ini bertaraf **** bintang. Aku difahamkan hotel ni adalah baru. Hotel ini sebenarnya menggantikan Hotel Ambachang yang telah runtuh satu ketika dahulu akibat kejadian gempa bumi. Ramai yang terkorban. Aku juga difahamkan, masih ada mayat yang tidak dijumpai di bawah hotel ini. Kami check in. Aku dapat bilik 520 yang bererti aku berada di tingkat 5, Di sini barulah kami merasakan puas hati menggunakan internet. WiFi yang disediakan cukup laju dan tidak seperti sebelum ini. Aku kepenatan dan tidur awal. Pukul 11.00 malam aku terus tidur sehingga pagi baru tersedar.

Hotel Axana 
Kaunter Hotel Axana

Bilik 520 di Hotel Azana



Hari Keempat – 11/12/2014 (Part 1)

Hari Keempat  – 11/12/2014 (Part 1)
Khamis

Pukul 5.00 pagi aku terjaga. Puas rasanya tidur kali ni. Malam tadi sangat kepenatan. Selepas solat subuh aku turun ke Lobby Hotel. Aku cuba akses internet. Maklumlah kat dalam bilik tidak dapat akses. Ternyata apa yang aku harapkan menjadi kenyataan. Akses internet di Lobby Hotel agak memuaskan. Maklumlah waktu ini tiada pengguna selain daripada aku. Aku menghabiskan masa  kira-kira setengah jam sahaja.


Sebuah  sekolah dasar di Bukit Tinggi

Pasar Bawah

Waktu masih pagi. Aku keluar dari Hotel Royal Denai untuk berjogging sambil melihat-lihat persekitaran di Bukit Tinggi. Aku berjogging ke arah sebelah  kiri jalan  di hadapan Hotel Royal Denai. Buat-buat macam tau jalan aje. Aku terus berjogging ke arah Pasar Bawah. Aku pun tak tahu jalan. Tapi buat selamba sahaja. Macam penduduk tempatan.  Kehadapan sedikit aku jumpa sekolah. Ternyata sekolah yang aku jumpa tu adalah sekolah dasar. Seorang demi seorang  aku jumpa kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapa menggunakan  spider(motosikal). Pakaian uniformnya baju putih dan seluar panjang merah tua. Kalau di Malaysia, sekolah dasar ini seperti sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6.


Pasar Bawah di Bukit Tinggi

Aku meneruskan jogging ku. Aku jumpa pusat pemotongan hewan. Sah, aku dapat  mengagak, inilah pusat penyembelihan. Aku cuba cari Pasar Bawah. Mesti tak jauh dari sini. Tekaan aku menjadi kenyataan. Aku terus berjogging  dan akhirnya bertemu orang ramai  sedang menjaja barangan sayuran dan buah-buahan. Aku ke hadapan lagi sedikit dan terpandang label Pasar Bawah Bukit Tinggi. Aku menyusuri seorang diri di celah-celah manusia berjaja di pasar ini. Ternyata begitu kelam kabut di pasar bawah ini. Semuanya berjaja untuk mencari rezeki yang halal. Keadaan pasar agak tidak teratur. Kebersihannya  kurang memuaskan.
Pandangan hadapan Pasar Bawah Bukit Tinggi


Aku amati. Di sini lah peraih memuatkan  sayuran dan ikan serta ayam ke spider yang terletak di bahu jalan. Begitu juga ada yang menggunakan mobil untuk memuatkan sayuran yang dibeli. Aku mengagak mereka ni akan berjaja  masuk keseluruh kampung yang berdekatan di Bukit Tinggi. Rata-rata penggunaan bahasa Minang digunakan  oleh penduduk di sini. Aku tak nampak pun orang Cina atau India di Pasar Bawah ini.


Penjaja memjaja di bahagian bawah  Pasar 


Aku meneruskan jogging ku ke arah  jalan yang aku sendiri tak pasti. Tapi yang nyata, aku dapat melihat suasana pagi bagaimana penduduk Bukit Tinggi menjalani kehidupan seharian mereka.

Kemudian aku berpatah balik menuju kalan ke Hotel Rocky. Jaraknya kira-kira 1 km dari Pasar Bawah. Tidak terasa penat. Keadaan suhu di Bukit Tinggi dingin sekali. Di sepanjang jalan yang aku lalui untuk berjogging, aku berhenti sebentar jika ada pemandangan yang menarik. Aku tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Aku ambil gambar Rumah Sakit Stroke . Inilah satu-satunya rumah sakit  yang terdapat di Bukit Tinggi. Setelah aku rasakan penat, aku berpatah balik ke Hotel Royal  Denai  di mana tempat aku menginap.


Lori digunakan untuk menjual  sayur-sayuran


Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Apa lagi aku teruslah ke restaurant hotel untuk sarapan pagi. Menu untuk selama 3 hari tak jauh beza. Nasi gorang, mee kasar, mee halus, kolak (pengat), bubur kacang, lontong Bukit Tinggi, roti bakar, kuih muih Melayu Minang, dan juga telor masakan panas. Sementara air kopi, teh dan jus oren juga tersedia. Pilihlah aje  yang mana suka dengan selera. Pendek kata sarapan di hotel ni amat sesuai bagi mereka yang ambil pakej 5D 4N. Aku menghabiskan masa untuk sarapan pagi selama 40 minit. Kemudian aku terus ke bilik semula untuk membersihkan diri.

Pak Pahmi pemandu pelancung kami telah menyatakan agar kami berkumpul di Lobby Hotel pukul 9.00 pagi. Ini merupakan hari terakhir  kami berada di Hotel Royal Denai. Kami menginap di sini selama 3 malam sahaja. Sebelum itu aku sempat mengambil gambar di sekitar Hotel Royal Denai. Keadaan kolam renang yang menarik dan juga view yang mempersonakan.

Tepat pukul 9.00 pagi kami berkumpul di Lobby Hotel untuk check out. Pembantu Pak Pahmi, Pak Rahmat namanya menyusun  semua bagasi kami ke dalam bas. Kami meninggalkan hotel ni menuju ke Panaroma dan Lubang Jepang Bukit Tinggi.

Panaroma dan Lubang Jepang Bukit Tinggi


Lubang Jepang


Bas membawa kami menuju ke destinasi pertama untuk hari ini. Panaroma dan Lubang Jepang itulah destinasi yang dituju. Kira-kira 20 mini perjalanan kami sampai di tempat yang dituju.


Pintu hadapan Lobang Jepang


Kali ini, bayaran masuk ke Lubang Jepang terpaksa kami bayar. Ini tidak termasuk dalam pakej. Kami dikenakan bayaran sebanyak Rp 15,000.00 (RM5.00) perorang untuk dibayar kepada pemandu pelancung Lubang Jepang. Beliau memperkenalkan namanya sebagai Pak Malik.  Sebelum masuk ke Lubang Jepang, kami sempat mengambil gambar dengan panaroma yang indah di kawasan ini. Amat menarik sekali.


Terowong di Lubang Jepan


Akhirnya kami dibawa masuk ke Lubang Jepang (Trowong Peninggalan Jepun) yang kini dijadikan  objek wisata di Bukit Tinggi. Kami diberi penerangan oleh Pak Malik. Setiap sudut dalam trowong kami diberi penerangan terperinci. Aku sempat merakamkan video penerangan yang diberi oleh Pak Malik. Akan aku sertakan dalam blog ini setelah siap diedit nanti.

Ruang Amunisi
Lubang Jepang ini merupakan peninggalan bangunan berupa gua bawah tanah yang digunakan bangsa Jepang (Jepun) untuk tempat pertahanan askar Jepun. Lubang Jepang ini didirikan pada masa Jepun di tahun 1942-1945. Pada saat Jepun  menjajah bangsa Indonesia, pembangunan Lubang Jepang yang dilakukan dengan cara Romusa atau kerja paksa.


Dapur di dalam Lubang Jepang

Lubang Jepang tersebut selain digunakan untuk pertahanan tentera Jepun, di sini juga digunakan untuk penyimpanan senjata serta amunisinya, bukan itu saja kegiatan seperti perkumpaan tentera Jepun dilakukan disini. Bangsa Jepun  juga memasak di Lubang Jepang ini. Di sini juga digunakan bangsa Jepun  untuk memenjarakan dan menyiksa tahanan perang.


Lubang Jepang memliki keluasan sekitar 2 hektar di dalamnya. Anda akan dipandu dengan menuruni tangga yang telah dibangun. Lorong - lorong yang ada didalamnya memberikan tempat - tempat sesuai dengan keperluan  masing - masing.

Sebuah penjaran di Lubang Jepang

Lorong - lorong disetiap bangunan ini memang bercabang, dan masing - masing lorong digunakan untuk tempat yang sesuai dengan keperluan pada masa itu. untuk menjaga keasliannya, disetiap lorong dipasangi CCTV.


Pintu Pengintipan

Kami dapati Lubang Jepang ini mempunyai pelbagai cabang trowong seperti tempat penyimpanan senjata, dapur, tempat memenjarakan dan menyiksa tahanan serta bilik mesyuarat. Kami difahamkan buruh paksa yang digunakan bukanlah penduduk tempatan. Sebaliknya mereka mengambil buruh paksa dari Jawa, dan Sulawesi. Mereka tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan harapan rashia logang ini terjaga. Bahasa isyarat digunakan untuk memberi arahan. Kami difahamkan lebih 5,000 buruh paksa digunakan untuk menyiapkan lonang ini. Tenaga secara manual untuk membuat lobang ini.

Pintu keluar Lubang Jepang


Setakat ini apa yang menjadi kemuskilan kami ke mana batu atau tanah yang ditebuk itu dibuang. Sehingga sekarang ini tidak ada jawapan yang dapat diberikan. Itulah cerita Pak Malik selaku pemandu pelancung Lubang Jepang.

Papan tanda Panaroma

Kami menghabiskan masa di Lubang Jepang kira-kira 40 minit. Kami tidak perlu naik semula tangga. Bas kami menunggu di bawah. Kami sempat merakam gambar di bahagian pintu keluar. Kami menaiki bas semula dan di bawa semula ketempat pintu masuk Panaroma tadi. Kami diberi masa 1 jam di sini sehingga pukul 11.30 pagi. Kami melawat di kawasan panaroma dan juga menghabiskan saki baki rupiah yang masih ada dan shopping. Kebanyakan barangan cendermata. Apa lagi banyak lah barangan yang boleh dibuat pilihan seperti t-shirt, sandal kulit, tali pinggang, sulaman dan juga keychin. Di sini harga yang ditawarkan agak murah berbanding dekat Pasar Atas. Tidak ketinggalan juga kami sempat melihat panaroma dari menara tinjau di bahagian belakang  tempat shopping chenderhati. Aku sempat juga merakamkan gambar panaroma. Cukup indah sekali.


Panaroma Indah

Aswan Sulaman Bordir

Bus terus menuju ke Padang. Kami singgah sebentar di Aswan Sulaman Bordir. Di sini kami selaki lagi melawat kedai sulaman. Kononnya Cuma nak tengok-tengok. Akhirnya tertengok jubah bersulam. Pemilik kedai menawarkan sehelai jubah berharga Rp300,000.00 sehelai. Setelah tawar menawar (bukan nak beli pun) pemilik kedai menararkan  dengan harga Rp180,000.00 perhelai. Maka  ramailah datang membeli  jubah –jubah tu. Daripada tak nak beli, terbeli pula. Ini disebabkan tawaran harga yang amat rendah berbanding di tempat lain sebelum ini.




Restaurant  Simpang Raya Koto Baru

Kami menghabiskan masa di sini selama 30 minit sahaja. Tepat pukul 12.00 tengahari kami menaiki bas dan menuju ke sebuah Restauran. Perut mulai lapar. Maka kami berhentilah di Restaurant Simpang Raya Koto Baru. Restaurant ini menyajikan masakan  padang. Maka kami makalah sepuas-puasnya. Maklumlah semua harga dah dalam  pakej yang kami beli. Kami juga solat jamak di surau yang disediakan  oleh pihak pengurusan Restaurant ini. Kali ni suraunya bersih dan begitu juga bilik air dan tempat wuduk yang selesa.  Kami menghabiskan masa di sini sehingga pukul 1.50 tengahari.



Raustarant Simpang Raya Koto Baru

Rumah Makan


Makan Tengahari do Rumah Makan Simpang Raya


Pelbagai jenis lauk pauk yang dihidangkan

sebuah van persiaran


Bika Talago

Seterusnnya kami meneruskan perjalanan ke Padang. Dalam perjalanan kami sempat singgah di tempat membuat Bika Talago. Kami sempat melihat bagaimana Bika ini di masak menggunakan cara tradisional. Menggunakan kayu api . Tempat memasaknya amat panas. Rasa Bika Talago ini amat sedap. Maklumlah dimasak secara manual. Bukan menggunakan gas. Sekeping dijual dengan harga Rp 3,000.00. Bika Talago berperisa kelapa dan juga berperisa pisang. Aku lihat pekerjanya amat tekun bekerja. Kesungguhannya bekerja menyebabkan aku merasa terpesona. Bagaimana pekerja di sini bekerja bersungguh-sungguh mencari nafkah yang halal.


Papan tanda Bika Talago




Kami sempat mencuba Bika  Talago itu. Memang ternyata sedap rasanya. Sempat kami membeli untuk di makan di dalam bas. Maklumlah perjalanan masih jauh lagi untuk sampai ke Padang.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan . Selepas Koto Baru, perjalanan kenderaan menjadi perlahan dan akhirnya terperangkap dalam suasana macet. Rupa-rupanya dihadapa sana ada kerja-kerja menurap jalan. Maklumlah, jalan yang kami lalui ni merupakan jalan utama dari Bukit Tinggi ke Padang. Terpaksalah tunggu. Kami terperangkap dalam suasana macet ini selama 40 minit. Nak buat macam mana. Terpaksa tunggulah.

Membuat Bika Talago


Kami menanti dengan penuh kesabaran. Akhirnya  situasi macet itu beransur pulih. Kami menuruni Bukit Tinggi. Tak jauh daripada  kawasan macet , kami sudah melihat aliran air terjun menurni lembah-lembah. Akhirnya kami sampai ke Air Terjun Lembah Anai..


Bersambung ...........Hari Keempat (Part 2)

Hari Ketiga – 10/12/2014 (Part 2)

Hari Ketiga – 10/12/2014 (Part 2)
Rabu

Dari masjid  di Matura kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Perjalanan dari Matura ke Bukit Tinggi mengambil masa 2 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan, kami melewati perkampungan orang-orang Minang. Kelihatan Gunung Singalang yang merupakan gunung berapi yang masih aktif. 


Pemandangan hadapan di Pasar Atas 


Di kiri kanan jalan kelihatan tempat sulaman yang pelbagai. Pendek kata di Bukit Tinggi ini adalah tempat sulaman. Ini minat bagi kaum wanita. Akhirnya bas yang membawa kami sampai di Pasar Atas tepat pukul 5.00 petang. Cuaca di sini  agak mendung dan kelihatan redup.

Pasar Atas / Jam Gadang

Kami diberi masa 2 jam untuk berada di Pasar Atas, Bukit Tinggi. Bus akan mengambil kami pukul 7.00 malam. Jadi aku gunakan masa  selama 2 jam ini dengan sepenuhnya.

Jam Gadang Mercu Tanda Bukit Tinggi

Di sini aku berjalan mengelilingi kawasan  Pasar Atas. Sebelum itu aku mengambil gambar di Jam Gadang. Aku meneliti keunikan Jam Gadang. Jam Gadang adalah sebuah icon untuk Kota Bukit Tinggi, jam gadang ini adalah peninggalan penjajahan Belanda. Jam ini memang sangat besar. Dengan luas 13 x 4 meter dan tinggi 26 meter yang terdiri atas beberapa tingkat. Bagian teratas dari jam gadang adalah tempat penyimpanan bandul jam yang pada tahun 2007 silam sempat patah karana gempa besar yang melanda kawasan Sumatera  Barat termasuk Bukit Tinggi. Terdapat empat jam pada masing – masing sisi jam gadang, dengan diameter 80 centimeter. Dan yang unik dari jam ini adalah angkanya. Bila angka empat romawi biasa ditulis dengan simbol IV, maka pada jam gadang angka IV ditulis dengan IIII, dan ini bukan merupakan hal yang lazim.


Jam Gadang


Bagi yang belum mengenal jam sejarah Jam Gadang berikut akan aku  sampai sedikit mengenainya dan sejarah Jam Gadang.


Jam ini didatangkan dari Rotterdam, Belanda melalui pelabuhan Teluk Bayur sebagai hadiah dari Ratu Belanda saat itu untuk Rook Maker, yang saat itu adalah controuler dari Kota Bukittinggi pada tahun 1926. Arsitektur dari Jam Gadang dirancang oleh Yazin Sutan Gigi Ameh dan peletakkan batu pertama dilakukan oleh putra pertama Rook Maker yang saat itu berusia 6 tahun. Hingga saat ini sudah terjadi tiga kali perubahan bentuk atap dari Jam Gadang. Pada masa penjajahan Belanda bentuk atapnya berbentuk bulat, pada masa penjajahan Jepun  berbentuk kelenteng, dan pada saat Indonesia merdeka, atapnya diubah supaya menyerupai atap Rumah Gadang, iaitu  Rumah Adat Minangkabau.

Jam ini digerakkan secara mekanik oleh sebuah mesin yang hanya dibuat dua. unit. Yang pertama untuk Jam Gadang, dan satunya untuk Big Ben di London, Inggris. Bagian lonceng jam gadang tertera nama pabrik pembuat jam, iaitu Vortmann Relinghausen, yang artinya jam tersebut dibuat di Jerman dan diproduksi pada tahun 1892.

Oleh kerana ini kali kedua aku sampai di Jam Gadang, aku ambil kesempatan mengambil  gambar. Keadaannya yang besar dan unit menjadi mercu tanda Bandar Bukit Tinggi.

Pasar Atas

Selepas itu aku menyusuri bahagian lantai 1 Pasar Atas. Di sini aku perhatikan  barangan kulit dan kasut serta t-shirt di jual di sini. Ada juga tempat pengasahan batu cincin. Ini bagi peminat cincin. Aku sempat juga mencari ole-ole barangan kulit untuk dibawa pulang. Dari satu kedai ke satu kedai aku melewati dan mencari sesuatu yang boleh dibawa  ke Malaysia.  Setelah puas, aku keluar dari Pasar Atas.

Barangan kulit di Pasar Atas

Pelbagai T-shirt dan seluar di Pasar Atas

Bank Rakyat Indonesia di sebelah Pasar Atas



Di bahagian luar keadaan adalah penuh sesak. Hari ni adalah  hari Rabu di mana terdapatnya pasar malam. Ramai penjaja terdiri daripada orang Minang datang untuk berniaga. 

Tidak ketinggalan perkhidmatan bendi (kereta kuda) ada ditawarkan di sini. Oleh kerana hari ini merupakan pasar malam, harga sewa bendi juga dinaikan. Jumlah sewaan sebanyak Rp 75,000.00. Ini merupakan harga yang tinggi. Pada hari kebiasaan, harga sewaannya ialah Rp 40,000.00 sahaja untuk mengelilingi Kota Bukit Tinggi. Ramai yang cuba menawarkan perkhidmatan ini kepada aku. Tapi aku buat tak layan aje. Aku boleh berjalan kaki untuk mengelilingi Kota Bukit Tinggi terutama sekitar Jam Gadang.
Sebuah Plaza Ramayana di Bukit Tinggi

Tidak jauh daripada situ terdapat kanak-kanak yang memakai  pakaian  seolah seperti patung bergerak yang dikenali sebagai “Badot”  dengan pelbagai watak. Sesiapa yang datang dan ingin bergambar dengannya akan dikenakan bayaran . Sekali snap pic dikenakan bayaran Rp 2.000.00 hingga Rp3,000.00. Awas bagi anda yang ingin bergambar. Pastinya  bayaran akan dikenakan sebagai bayaran perkhidmatan. Kebanyakan mereka ini  berumur antara 16-18 tahun.



Badot berkeliaran di sekitar Jam Gadang


Badot dengan pelbagai watak


Bendi untuk disewa


Diam tak diam jam menunjukkan pukul 7.00 malam. Bas telah tersedia menunggu kami. Kami semua menaiki bas untuk makan malam. Kali ini makan malam  di Rumah Makan Pondok Baselo.


Kereta kuda di Pasar Atas



Rumah Makan Pondok Baselo

Kami dah lapar. Apa lagi bas pun dah sampai. Rumah Makan Pondok Baselo. Rumah makan ini terletak  di Jalan raya Bukit Tinggi-Padang iaitu di Km 4, Bangkaweh, Tel (0752) 33346-33347. Kami makan di sini mulai pukul 7.30 hingga 8.30 malam. Pelbagai jenis lauk pauk masakan orang Minag dihidangkan kepada kami. Rumah makan ini cukup unit dan pelayannya  memakai pakaian seragam berwarna hijau kuning. Kalau di Malaysia, serupa pakaian uniform pekerja stesen Petronas. Kat sini juga disediakan WiFi Free. Apa lagi, masing-masing mengeluarkan  Smart Phone untuk berWhatApps.


Rumah Makan Pondok Baselo


Akhirnya tepat pukul 8.30 malam, kami pulang ke Royal Denai Hotel untuk berehat sementara menunggu hari esok.

Makan Malam di Pondok Baselo
Menu  Rumah Makan Pondok Baselo

Sebuah van pelancung di Pondok Baselo

Catering Pondok Baselo


Meronda di Waktu Malam

Sampai di hotel aku membersihkan diri. Selepas mandi dan solat aku turun ke Lobby Hotel. Sebenarnya aku dah berjanji dengan Pak Rahmat Pembantu Pemandu Pelancung untuk menemani aku  ke Jam Gadang berjalan kaki. Seperti yang dijanjikan, Pak Rahmat menunggu aku di luar Hotel Royal Denai. Pak Rahmat sebenarnya ditugaskan menjaga bas. Beliau tidur dalam bas. Setiap malam aku perhatikan beliau akan mencuci bas berkenaan. Biasanya masa yang diambil lebih kurang sejam. Pada malam itu selepas tugasnya selesai, aku mengajaknya ke Jam Gadang dengan berjalan kaki. Jaraknya kira-kira  1 km dari tempat penginapan aku. Aku meronda di waktu malam. Banyak gerai seperti cendawan baru tumbuh selepas hujan. Pelbagai jenis masakan seperti Bakso, Sup Buntut, Bebek Goreng dijual. Aku melalui lorong-lorong tertentu dan akhirnya sampai di Jam Gadang.

Apa yang aku perhatikan, masih ramai lagi manusia di kawasan persekitaran Pasar Atas dan jam  Gadang. Sekali lagi aku menikmati suasana di waktu malam sambil mengambil gambar di persekitarannya.

Aku ke Hotel Bunda
Selepas itu aku berjalan kaki ke Bunda Hotel. Rakan aku dari Malaysia menginap di Hotel ini. Mereka pergi melalui Pakej 4D 3N. Jadi dapatlah aku bertemu dengannya. Ternyata akhirnya aku dapat bertemu dengannya. Aku memperkenalkan Pak Rahmat dengan rakanku dari Malaysia tu. Selepas beberapa minit aku berbual kosong aku mengajak Pak Rahmat pulang semula ke hotel. Ternyata Bukit Tinggi adalah Kota Wisata yang pemandangannya indah di waktu malam. Aku berjalan menyusuri deretan gerai dan kedai. Masih dibuka walaupun jam menunjukkan pukul 12.00 malam. Akhirnya aku sampai di hotel jam 12.30 malam. Terima kasih Pak Rahmat kerana sudi menjadi juru tunjuk jalan dan menemani aku pada malam itu.