Monday 15 December 2014

Hari Ketiga – 10/12/2014 (Part 2)

Hari Ketiga – 10/12/2014 (Part 2)
Rabu

Dari masjid  di Matura kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Perjalanan dari Matura ke Bukit Tinggi mengambil masa 2 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan, kami melewati perkampungan orang-orang Minang. Kelihatan Gunung Singalang yang merupakan gunung berapi yang masih aktif. 


Pemandangan hadapan di Pasar Atas 


Di kiri kanan jalan kelihatan tempat sulaman yang pelbagai. Pendek kata di Bukit Tinggi ini adalah tempat sulaman. Ini minat bagi kaum wanita. Akhirnya bas yang membawa kami sampai di Pasar Atas tepat pukul 5.00 petang. Cuaca di sini  agak mendung dan kelihatan redup.

Pasar Atas / Jam Gadang

Kami diberi masa 2 jam untuk berada di Pasar Atas, Bukit Tinggi. Bus akan mengambil kami pukul 7.00 malam. Jadi aku gunakan masa  selama 2 jam ini dengan sepenuhnya.

Jam Gadang Mercu Tanda Bukit Tinggi

Di sini aku berjalan mengelilingi kawasan  Pasar Atas. Sebelum itu aku mengambil gambar di Jam Gadang. Aku meneliti keunikan Jam Gadang. Jam Gadang adalah sebuah icon untuk Kota Bukit Tinggi, jam gadang ini adalah peninggalan penjajahan Belanda. Jam ini memang sangat besar. Dengan luas 13 x 4 meter dan tinggi 26 meter yang terdiri atas beberapa tingkat. Bagian teratas dari jam gadang adalah tempat penyimpanan bandul jam yang pada tahun 2007 silam sempat patah karana gempa besar yang melanda kawasan Sumatera  Barat termasuk Bukit Tinggi. Terdapat empat jam pada masing – masing sisi jam gadang, dengan diameter 80 centimeter. Dan yang unik dari jam ini adalah angkanya. Bila angka empat romawi biasa ditulis dengan simbol IV, maka pada jam gadang angka IV ditulis dengan IIII, dan ini bukan merupakan hal yang lazim.


Jam Gadang


Bagi yang belum mengenal jam sejarah Jam Gadang berikut akan aku  sampai sedikit mengenainya dan sejarah Jam Gadang.


Jam ini didatangkan dari Rotterdam, Belanda melalui pelabuhan Teluk Bayur sebagai hadiah dari Ratu Belanda saat itu untuk Rook Maker, yang saat itu adalah controuler dari Kota Bukittinggi pada tahun 1926. Arsitektur dari Jam Gadang dirancang oleh Yazin Sutan Gigi Ameh dan peletakkan batu pertama dilakukan oleh putra pertama Rook Maker yang saat itu berusia 6 tahun. Hingga saat ini sudah terjadi tiga kali perubahan bentuk atap dari Jam Gadang. Pada masa penjajahan Belanda bentuk atapnya berbentuk bulat, pada masa penjajahan Jepun  berbentuk kelenteng, dan pada saat Indonesia merdeka, atapnya diubah supaya menyerupai atap Rumah Gadang, iaitu  Rumah Adat Minangkabau.

Jam ini digerakkan secara mekanik oleh sebuah mesin yang hanya dibuat dua. unit. Yang pertama untuk Jam Gadang, dan satunya untuk Big Ben di London, Inggris. Bagian lonceng jam gadang tertera nama pabrik pembuat jam, iaitu Vortmann Relinghausen, yang artinya jam tersebut dibuat di Jerman dan diproduksi pada tahun 1892.

Oleh kerana ini kali kedua aku sampai di Jam Gadang, aku ambil kesempatan mengambil  gambar. Keadaannya yang besar dan unit menjadi mercu tanda Bandar Bukit Tinggi.

Pasar Atas

Selepas itu aku menyusuri bahagian lantai 1 Pasar Atas. Di sini aku perhatikan  barangan kulit dan kasut serta t-shirt di jual di sini. Ada juga tempat pengasahan batu cincin. Ini bagi peminat cincin. Aku sempat juga mencari ole-ole barangan kulit untuk dibawa pulang. Dari satu kedai ke satu kedai aku melewati dan mencari sesuatu yang boleh dibawa  ke Malaysia.  Setelah puas, aku keluar dari Pasar Atas.

Barangan kulit di Pasar Atas

Pelbagai T-shirt dan seluar di Pasar Atas

Bank Rakyat Indonesia di sebelah Pasar Atas



Di bahagian luar keadaan adalah penuh sesak. Hari ni adalah  hari Rabu di mana terdapatnya pasar malam. Ramai penjaja terdiri daripada orang Minang datang untuk berniaga. 

Tidak ketinggalan perkhidmatan bendi (kereta kuda) ada ditawarkan di sini. Oleh kerana hari ini merupakan pasar malam, harga sewa bendi juga dinaikan. Jumlah sewaan sebanyak Rp 75,000.00. Ini merupakan harga yang tinggi. Pada hari kebiasaan, harga sewaannya ialah Rp 40,000.00 sahaja untuk mengelilingi Kota Bukit Tinggi. Ramai yang cuba menawarkan perkhidmatan ini kepada aku. Tapi aku buat tak layan aje. Aku boleh berjalan kaki untuk mengelilingi Kota Bukit Tinggi terutama sekitar Jam Gadang.
Sebuah Plaza Ramayana di Bukit Tinggi

Tidak jauh daripada situ terdapat kanak-kanak yang memakai  pakaian  seolah seperti patung bergerak yang dikenali sebagai “Badot”  dengan pelbagai watak. Sesiapa yang datang dan ingin bergambar dengannya akan dikenakan bayaran . Sekali snap pic dikenakan bayaran Rp 2.000.00 hingga Rp3,000.00. Awas bagi anda yang ingin bergambar. Pastinya  bayaran akan dikenakan sebagai bayaran perkhidmatan. Kebanyakan mereka ini  berumur antara 16-18 tahun.



Badot berkeliaran di sekitar Jam Gadang


Badot dengan pelbagai watak


Bendi untuk disewa


Diam tak diam jam menunjukkan pukul 7.00 malam. Bas telah tersedia menunggu kami. Kami semua menaiki bas untuk makan malam. Kali ini makan malam  di Rumah Makan Pondok Baselo.


Kereta kuda di Pasar Atas



Rumah Makan Pondok Baselo

Kami dah lapar. Apa lagi bas pun dah sampai. Rumah Makan Pondok Baselo. Rumah makan ini terletak  di Jalan raya Bukit Tinggi-Padang iaitu di Km 4, Bangkaweh, Tel (0752) 33346-33347. Kami makan di sini mulai pukul 7.30 hingga 8.30 malam. Pelbagai jenis lauk pauk masakan orang Minag dihidangkan kepada kami. Rumah makan ini cukup unit dan pelayannya  memakai pakaian seragam berwarna hijau kuning. Kalau di Malaysia, serupa pakaian uniform pekerja stesen Petronas. Kat sini juga disediakan WiFi Free. Apa lagi, masing-masing mengeluarkan  Smart Phone untuk berWhatApps.


Rumah Makan Pondok Baselo


Akhirnya tepat pukul 8.30 malam, kami pulang ke Royal Denai Hotel untuk berehat sementara menunggu hari esok.

Makan Malam di Pondok Baselo
Menu  Rumah Makan Pondok Baselo

Sebuah van pelancung di Pondok Baselo

Catering Pondok Baselo


Meronda di Waktu Malam

Sampai di hotel aku membersihkan diri. Selepas mandi dan solat aku turun ke Lobby Hotel. Sebenarnya aku dah berjanji dengan Pak Rahmat Pembantu Pemandu Pelancung untuk menemani aku  ke Jam Gadang berjalan kaki. Seperti yang dijanjikan, Pak Rahmat menunggu aku di luar Hotel Royal Denai. Pak Rahmat sebenarnya ditugaskan menjaga bas. Beliau tidur dalam bas. Setiap malam aku perhatikan beliau akan mencuci bas berkenaan. Biasanya masa yang diambil lebih kurang sejam. Pada malam itu selepas tugasnya selesai, aku mengajaknya ke Jam Gadang dengan berjalan kaki. Jaraknya kira-kira  1 km dari tempat penginapan aku. Aku meronda di waktu malam. Banyak gerai seperti cendawan baru tumbuh selepas hujan. Pelbagai jenis masakan seperti Bakso, Sup Buntut, Bebek Goreng dijual. Aku melalui lorong-lorong tertentu dan akhirnya sampai di Jam Gadang.

Apa yang aku perhatikan, masih ramai lagi manusia di kawasan persekitaran Pasar Atas dan jam  Gadang. Sekali lagi aku menikmati suasana di waktu malam sambil mengambil gambar di persekitarannya.

Aku ke Hotel Bunda
Selepas itu aku berjalan kaki ke Bunda Hotel. Rakan aku dari Malaysia menginap di Hotel ini. Mereka pergi melalui Pakej 4D 3N. Jadi dapatlah aku bertemu dengannya. Ternyata akhirnya aku dapat bertemu dengannya. Aku memperkenalkan Pak Rahmat dengan rakanku dari Malaysia tu. Selepas beberapa minit aku berbual kosong aku mengajak Pak Rahmat pulang semula ke hotel. Ternyata Bukit Tinggi adalah Kota Wisata yang pemandangannya indah di waktu malam. Aku berjalan menyusuri deretan gerai dan kedai. Masih dibuka walaupun jam menunjukkan pukul 12.00 malam. Akhirnya aku sampai di hotel jam 12.30 malam. Terima kasih Pak Rahmat kerana sudi menjadi juru tunjuk jalan dan menemani aku pada malam itu.







No comments:

Post a Comment