Saturday 13 December 2014

Hari Kedua : 09/12/2014 (Selasa)-Part 2


Hari Kedua 09/12/2014 part2- Selasa

Kali ni perjalanan kami menaiki bukit. Di kiri kanan kelihatan kawasan pertanian yang diusahakan oleh penduduk pergunungan. Aku lihat sawah padi terbentang luas di belakang, kiri dan kanan rumah. Indah mata memandang. Air gunung dialirkan ke sawah berkenaan. Di satu sudut yang lain kami dapati ada tanaman jagung. Ada juga tanaman sayuran seperti kekacang. Apa yang mengkagumkan kami di satu kawasan ada sawah padi yang berair. Di petak yang berikutnya ada sayuran. Di petak seterusnya ada tanaman jagung. Tanaman berbentuk teres kerana kawasan ini tanah tinggi. Situasi seperti ini tidak ada di Malaysia. Kebesaran Allah amat mengkagunkan.

Rumah Makan Pondok Flora

Kami akhirnya sampai di Rumah Makan Pondok Flora . Ada 3 buah bas Pariwisata (Pelancungan). Bus ini semuanya membawa pelancung.Kebanyakannya dari Malaysia. Pak Pahmi mengarahkan kami ke ruang makan secara duduk bersila. Apa lagi...perut lapar, makanan telah terhidang. Tak lepas peluang kami makan. Menu kali ni nasi padang. Terdapat bermacam-macam lauk terhidang. Nak apa...ayam, ikan, sayuran,  sambal dan lain-lain semuanya tersedia. Satu pengalaman menarik kami makan secara bersila. Seperti orang Jepun makan.wah..enak sekali. Perut lapar apa pun sedap di makan.

Restaurant Pondok Flora

Di sekeliling tempat makan dihiasi dengan binatang peliharaan. Ikan dipelihara di bawah pondok. Rumah makan ni terletak di tengah sawah. Sisa makanan yang tidak habis, akan dibuang ke kolam sabagai makanan ikan. Disediakan tarikan pelancung di mana ada 3 ekor burung hantu yang amat jinak. Boleh  bergambar bersama burung hantu. Ada juga seekor monyet yang jinak. Ini boleh menarik minat pelancung.

Makan tengahari di Pondok Flora


Seekor burung hantu yang agak unik di Pondok Flora ini
Disatu sudut lain di Pondok Flora disediakan barangan cenderhati. Pelbagai jenis barangan logam seperti parang dijual di sinj. Bentuknya unik. Bagi anda pengemar barangan ni..bolehlah berkunjung ke tempat ini. Pondok Flora terletak di  Sg Tarang Tanah Datar di Bt. Sangkar..

Seekor burung hantu di Pondok Flora

Seekor  monyet di Pondok Flora


Barangan cenderhati dijual di Pondok Flora



Istana Beso Pagaruyung

Penulis berada di hadapan Istana Beso Pagaruyung


Dari sini kami menuju ke istana Beso Pagaruyung di mana bandarnya adalah Bt. Sangkar. Dalam perjalanan kami dapat melihat Parasit Pagaruyung, Istana  Selindung Bulan. Istana ini merupakan tempat berlangsungnya Bandar Batu Sangkar. Akhirnya kami sampai di tempat yang dituju.

Penulis berada di lantai 2 Istana Beso Pagaruyung

Bagi aku sendiri, ini adalah kali ke 2 aku sampai di sini. Istana Beso Pagaruyung ini telah siap sepenuhnya. Kelihatan indah. Lantai satu terdapatnya 9 bilik. Bilik 1 hingga 9 adalah untuk anak perempuam yang telah kahwin. Anak perempuan yamg telah yang belum kahwin akan tidur di lantai 2. Anak  lelaki yang mencapai umur 7 tahun  akan tidur di surau Di surau mereka menimba ilmu pengetahuan. Pendek kata mereka akan berada di surau dan selepas itu digalakkan merantau. Lantai 3 adalah tempat mesyuarat. Begitulah keunikan adat Minangkabau

Dapur Istana Beso Pagaruyung


Dari segi sejarah  kerajaan pagaruyung dan merupakan bahagian dari istana rajo alam, dalam sejarah perkembangannya istana ini telah mengalami perubahan  besar-besaran, di mana pernah habis terbakar pada awal abad 18 yang dilakukan oleh penjajah Belanda, kemudian diperbaiki  kembali menyerupai istana asli pada tahun 1976 .Pada tahun  2007 istana ini kembali mengalami bencana kebakaran di sebabkan sambaran petir.


Keunikan dan keindahan syiling di lantai 3 Istana



Bangunan ini terdiri atas 11 gonjong, 72 tonggak, dan 3 lantai. Bangunan ini  dilengkapi dengan berbagai  ukiran yang tiap-tiap bentuk dan warna ukirannya mempunyai falsafah sejarah dan budaya Minangkabau. Sementara di ruang tengah dipamerkan berbagai benda bersejarah seperti keramik peninggalan kerajaan Pagaruyung dan berbagai benda kerajinan tangan dari Minang. Uniknya, semua tonggak yang menyangga bangunan ini dibuat miring yang tentunya agak bertentangan dengan teori arsitektur yang ada tapi tidak mengurangi kekokohan bangunan itu sendiri. Selain itu, di bahagian  halamannya, bangunan istana ini juga dilengkapi dengan bangunan surau, "rangkiang" (yang berfungsi sebagai tempat penyimpan hasil panen), serta "tabuah" (untuk memanggil warga).


Sebuah "Ringkiang" tempat penyimpanan padi

Kami berada disini selama sejam sahaja. Kalau nak bergambar pakaian Minangkabau pun boleh. Pakaian boleh disewa untuk tujuan itu.





Masjid  Nurul Amin

Kami terus menaiki bas ke masjid berdekatan iaitu Masjid Nurul  Amin. Kemi menunaikan Solat jamak. Kami mengambil masa 40 minit di sini.

Masjid Nurul Amin
Pemandangan bahagian hadapan di Masjid Nurul Al Amin. Kami solat jamak di masjid ini. Reka bentuk mesjid kelihatan indah dan mengkagumkan. Keadaan bersih dan menarik untuk para jemaah yang hadir untuk menunaikan kewajipan.

Masjid Nurul Amin
Di sini tertera label  Masjid Nuru Amin yang sememangnya  indah dan menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.



Danau Singkarak


Rumah Makan Tandau di Tasik Singkarak

Danau Singkarak (Tasik Singkarak) merupakan destinasi  seterusnya yang kami tuju.  Dari Istana Baso Pagaruyung ke Danau Singkarak mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan dengan menggunakan bas. Jaraknya  ialah 28 km dari Istana Baso Pagaruyung. Di kiri kanan sepanjang perjalanan kami menempuhi pemandangan yang indah. Perkampungan dengan bumbung berbentuk tanduk kerbau adalah ciri utama rumah di sini.

Tasik Singkarak


Kami melalui perkampungan  Sungai Batang Gamilin (kata Pak Pahmi). Pemandangan di sini cukup cantik. Tanaman di sini   ubi kayu dan juga betik (papaya kata orang Inggeris, gandol kata orang Jawa).Tanaman ini cukup subur dan buah  betik yang dihasilkan cukup besar. Buah betik cukup besar di jual di kiri kanan  perkampungan ini.


Bot di Tasik Singkarak


Pak Pahmi memberitahu Singkarak bermaksud mampir sekejap/singgah sekejap. Singkarak mempunyai keluasan 8 km x 20 km . Danau ini digunakan untuk tujuan Tenaga Elektrik Air (TLA). Kami sampai d sini pukuk 6.00 petang.

Menaiki bot menyusuri Tasik Singkarak


Bas kami berhenti di tepi Danau Singkarak. Kehadiran kami telah ditunggu oleh pengusaha bot pelancung  yang membawa pelancung menaiki bot mengelilingi Danau Singkarak. Airnya jernih dan terbentang luas. Kami ditawarkan untuk menyewa bot dengan tawaran harga Rp 200,000.00 per bot. Menaiki bot tidak termasuk dalam pakej kami.  Jadi kalau nak naik kena kos sendiri.  Perbincangan dilakukan dan kami bersetuju dengan  perkhidmatan yang ditawarkan. Apa lagi kami naik boat. Bayaran ini adalah untuk 1 bot yang boleh memuatkan 15 penumpang.

Tasik Singkarak


Antara kami  ada yang belum pernah menaiki bot di tasik seperti ini.  Inilah peluang. Perlu dimanfaatkan. Juru bot telah memberi kami setiap orang jaket keselamatan. Kami gunakan dan manfaatkan  jaket tersebut. Maka  berlalulah bot ke tengah tasik mengelilingi Danau Singkarak. Bot ini mengambil masa 40 minit membawa kami untuk menikmati pemandangan yang indah di Danau Singkarak yang cukup mempersonakan. Kami mengambil gambar sepanjang perjalanan bot. Perkampungan dan juga jeti bagi bot pelancong memang cukup mempersonakan.

Pemandangan di Tasik Singkarak


Bot kami mendarat semula  kira-kira 6.40 petang. Waktu ni adalah terbenamnya matahari, Cukup cantik dan mempersonakan kami.  Cuaca di sini hujan renyai-renyai. Perjalan dengan bas agak perlahan.

Seorang penjaja di Tasik Singkarak


Restaurant Nelayan

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Perjalanan mengambil masa sejam. Kami penat. Aku dapat juga melelapkan mata di dalam bas sementara menunggu sampai bas kami ke Bukit Tinggi. Kali ni  kami terus makan malam (dinner) di Restaurant Nelayan. Kami sampai di sini pukul  hampir pukul 8.00 malam. Kali ini menu yang dihidangkan di Restaurant Nelayan  ialah masakan  seafood dan juga ayam serta sayur chapchai. Sementara buah temikai sebagai pembasuh mulut. Semua ni dah masuk dalam pakej yang kami tempah. Apa lagi, makan lah kami sepuas-puasnya. 

Rumah Makan Nelayan

Kami difahamkan, restaurant ini kepunyaan seorang Maualaf Cina. Semua pekerja  adalah orang Minang. Dari awal lagi  aku dah mengagak, pastinya  restaurant ni bukan kepunyaan penduduk Minang. Dari segi design yang dipersembahkan menampakkan kelainan. Ada ciri kecinaan. Agakan  aku betul bila Pak Pahmi memperkenalkan  pemilik resaturant ini kepada kami. 

Pemandangan Rumah Makan Nelayan

Restaurant ni kelihatan bersih. Cukup menarik. Pemilik cina beragama Islam. Kata Pak Pahmi tak perlu bimbang. Restaurant ini terletak di tengah bandar Bukit Tinggi berdekatan dengan Hotel Rockey bertaraf ***** bintang. Kami menghabiskan masa di sini sejam sebelum balik ke  Hotel Royal Denai di mana penginapan kami untuk selama 3 malam.
Makan malam di rumah nelayan

Menikmati hidangan


Lauk pauk di Rumah Makan Nelayan

Pelbagai jenis lauk pauk


Hotel Royal Denai

Pukul 9.00 malam kami pulang ke Hotel Royal Denai. Kami kepenatan. Balik balik aku terus mandi. Sebelum tu sempat aku  melayari internet. Internet di bilik yang disediakan tidak memuaskan. Banyak tak dapat daripada dapat. Jadi untuk dapatkan akses internet aku terpaksa ke lobby hotel.

Lobby Hotel Royal Denai

Sebenarnya aku sendiri telah minta ditukarkan dari bilik 105 ke bilik 207. Bilik 205 tidak mengikut itinerari yang qku tempah. Bila masuk bilik 207, pemandangannya pula seperti dalam gua. Aku mintak tukar lagi ke bilik 205. Kemudahan lampu tidak memuaskan. Jadi untuk hari kedua dan ketiga aku mintak ditempatkan  kat lantai paling bawah berdekatan dengan lobby hotel. Bilik 099 di beri kepada aku. Ok lah tu. Semua  permintaan aku ditunaikan. Jadi dekatlah sikit ke lobby untuk akses internet. Hotel ni bertaraf *** bintang. Tak ada lif. Yang ada Cuma kolam renang aje. Jadi malam tu aku berada di ruang lobby bagi membolehkan aku akses internet.

Selepas kepenatan, aku tidur awal. Pukul 11.00 malam terus tidur. Tak sedar sehingga keesokan paginya.

Di Lobby Hotel Royal Denai









No comments:

Post a Comment