Sunday 14 December 2014

Hari Ketiga – 10/12/2014 (Part 1)


Hari Ketiga – 10/12/2014 (Part 1)
Rabu

Pukul 5.00 pagi aku terjaga. Puas rasanya tidur kali ni. Malam tadi sangat kepenatan. Selepas solat subuh aku turun ke Lobby Hotel. Aku cuba akses internet. Maklumlah kat dalam bilik tidak dapat akses. Ternyata apa yang aku harapkan menjadi kenyataan. Akses internet di Lobby Hotel agak memuaskan. Maklumlah waktu ini tiada pengguna selain daripada aku. Aku menghabiskan masa  kira-kira setengah jam sahaja.

Tepat pukul 8.00 pagi aku berkumpul di Lobby Hotel. Hari ini merupakan hari ketiga kami berada di Bukit Tinggi. Bas bergerak dan terus menuuju ke Sulaman Anisa.

Annisa Bordiran


Sulaman Anisa Bordiran

Tepat pukul 9.00  pagi  kami singgah di Sulaman Anisa Boediran. Kami berhenti di sini melihat sulaman yang terdapat di kedai ini. Ia terletak di Jalan raya Padang Luar Bukit Tinggi. Di sini juga ada menjual telekong, baju dan juga jubah. Harga mengikut kualiti. Aku hanya  meneliti harganya dan membandingkan dengan harga sebelum ini di Bordir-bordir yang lain.

Produk di Annisa Bordiran

Pukul 9.30 pagi kami meneruskan perjalanan ke Kampung Koto Gadang. Kehadiran kami ke sini ialah untuk melihat pembuatan barangan  daripada perak. Sebelum sampai ke sini kami melalui kawasan perkampungan. Di kiri kanan jalan terdapat  ladang dan juga sawah. Koto Gadang terletak di kaki Gunung Singgalang. Akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju. Lokasi ini dikenali sebagai Silver Work (Walisar Mak Wah , Koto Gadang). Kami berada di sini tak lama.

Perusahaan membuat ukiran perak

Produk daripada perak

Pelbagai hasil produk daripada perak


Replika  Rumah Gadang daripada perak

Alat pembuatan  produk daripada  perak

Pelbagai bentuk baty yang telah diperoses

Berada di rumah membuat ukiran perak


Danau Meninjau

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Danau Menunjau (Tasik Meninjau). Mengikut kata Pak Pahmi, untuk ke Danau Menunjau boleh menaiki bas. Bas  ini terdapat di Bukit Tinggi. Tambang bas dari Bukit Tinggi ke Tasik Meninjau ialah Rp 10,000.00. Kalau ke Lubok Pasong ditambah lagi sebanyak Rp5,000.00. Setiap sejam sekali ada angkutan seperti ini memberikan perkhidmatannya.


Pemandangan di Keluk 34

Perjalanan ke Danau Meninjau  melalui beberapa buah perkampungan . Misalnya kampung Matur. Dulu kampung ini dikenali senabai MANTUA yang bererti nak kemana? Sepanjang perjalanan melalui kampung ini tedapat tanaman padi, jagung, kacang tanah dan juga betik serta labu. Kawasan ini subur. Penduduk bekerja sebagai petani di kaki gunung. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi.
Sawah padi dari keluk 34

Perjalanan kami ke Danau Meninjau juga melalui Sungai Landia.Sungai Landia terletak di Kampung Matur. Pemandangan di kawasan ini sungguh indah sekali. Terdapat lereng-lereng bukit dan juga air terjun yang mengalir deras. Di Sg. Landia kami berhenti dan melihat barangan cenderhati seperti kulit dan juga kerepek serta t-shirt.


Jalan menuju ker rumah Buya Hamka

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke puncak tertinggi yang dikenali Puncak Lawang. Menurut pemandu pelancung kami, puncak ini  menjadi pesta pra layar di mana penerjun meggunakan layar  dan terbang  mengikut arah tiupan angin dan berakhir di Danau Meninjau. Aktiviti seperti ini biasanya diadakan pada bulan Mei dan juga Jun setiap tahun. Jika anda ingin menyaksikannya, datanglah ketika bulan Mei atau Jun. Semasa kunjungan kami, tidak terdapat aktiviti ini.

Semasa kami sampai di puncak ini, hujan baru sahaja berhenti. Ini bererti keadaan jalan licin dan agak merbahaya. Akhir kami sampai puncak yang tertinggi sebelum menuruni keluk. Keluk yang pertama kami jumpa ialah keluk 44. Ini diikuti keluk 43, 42, 42 sehinggalah  Keluk 1. Keluk bererti selekoh. Selekoh di sini sangan tajam. Hanya boleh dilalui sebuah kenderaan pada satu-satu masa sama ada perjalanan pergi mahupun perjalanan balik. Keluk dikira dari bawah  Danau Meninjau dan keluk 44 adalah keluk yang tertinggi. Ini merupakan pengalaman pertama kami mengikuti perjalanan mengikut keluk.

Di serpajanan melalui keluk ini, terdapat bekas runtuhan tanah akibat daripada hujan lepat. Tanah berpasir menyebabkan runtuhan tanah mudah berlaku. Jika tanah runtuh, ini bererti perhubungan di antara Bukit Tinggi dan Tasik Meninjau terputus sama sekali. Inilah yang dibimbangi oleh Pak Supir.

Pada mulanya Pemandu pelancung kami  mahu sampai ke keluk 34 aje. Tapi atas desakan aku dan perjanjian mengikut dalam initerari, maka mereka terpaksa akur kehendak kami. Perjalanan menuju ke Rumah Kelahiran Buya Hamka melalu kampung di Danau Meninjau dengan keadaan jalan yang amat sempit. Hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan dalam satu-satu masa. Oleh itu pemandu bas terpaksa perlahan memandu. Akhirnya kami sampai di Rumah Kelahiran Buya Hamka di Danau Meninjau.


Rumah Kelahiran Buya Hamka

Rumah Kelahiran Buya Hamka kini dijadikan Muzium Hamka. Kehadiran kami disambut oleh Hanif Rasyid keponakan(anak saudara)  Buya Hamka. Aku perhatikan muka keponakan ini  mirip Buya Hamka.  Museum Rumah kelahiran Buya Hamka  terletak di Tanah Sirah Sei Batang, Meninjau. Alamat penuh adalah seperti berikut:

Rumah Kelahiran Buya Hamka


Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka,
Tanah Sirah Sei Batang,
Meninjau, Kode Pos 26472.
HP; 081374208765
(U.P. Hanif Rasyid SPDI-Pengelola)

Bas berada di hadapan Rumah Kelahiran Buya Hamka

Rumah Kelahiran Buya Hamka


Pak Hanif Rasyid-Keponakan (anak saudara)  Buya Hamka

Galleri di Rumah Buya Hamka





Buya Hamka


Kami menerima penerangan daripada keponakan Buya Hamka. Penerangan dalam bentuk penceritaan menyebabkan kami terpesona, Cerita mengenai Buya Hamka semasa kecil, remaja dan dewasan serta perjuangannya amat menarik perhatian kami. Akhirnya aku membeli buku mengenai riwayat hidup Hamka yang diberi judul Ayah.... dengan harga Rp100,000.00. Kami menhbabiskan masa di sini selama 35 minit aje. Selepas mengambil gambar di rumah ini, kami turun dan menaiki bas. Ketika ini hujan mulai turun . Semasa kami di dalam bas , hujan mulai turun dengan lebatnya. Jadi semasa kami berada di Danau Meninjau, cuaca di sini hujan dengan lebat sekali. Keadaan jalan amatlah licin.


Makan tengahari di Tasik Meninjau


Di Rumah Makan  B1 Batu Lambuik, Tasik Meninjau


Pukul 1.00 tengahari kami makan tengahari di Rumah Makan B1 Batu Lambuik Danau Maninjau. Kami makan di sini kerana sudah kekaparan. Pada peringkat awal kami nak makan di atas, perjalanan Bukit Tinggi, tapi tak kesampaian. Kami buat pilihan untuk makan di Danau Maninjau. Rumah makan di kawasan perkampungan. Ketika ni hujan lebat. Jadi kami makanlah di rumah makan ini dengan menu masakan Padang. Pelbagai jenis lauk yang boleh dimakan. Terpulang kepada kita, nak pilih yang mana satu sesuai dengan selera sendiri. Ketika ni hujan turun dengan lebat. Akhirnya kami buat keputusan untuk naik ke atas dengan cepat. Memandangkan hujan lebat, dikuatiri terdapat tanah runtuh. Kalau ini berlaku kami tak boleh balik ke Bukit Tinggi.
Pandangan hadapan Rumah Makan B1 Batu Lambuik Tasik Maninjau



Aku perhatikan Pak Supir gelisah sekali. Ini sebab mereka menyuruh kami makan dengan cepat supaya dapat melewati Keluk 1 hingga keluk 44 dengan selamat. Jika terperangkap, ini bererti kami terpaksa keluar ke Bukit Tinggi melalui Pariaman. Jalan ini mengambil masa 7 jam untuk ke Bukit Tinggi.

Akhirnya kami buat keputusan untuk melalui jalan yang mula-mula tadi. Hujan mulai reda. Alhamdulilah, jalan yang kami lalui selamat . Kami dapat melewati kesemua keluk dengan selamat. Kami sampai di atas Keluk 44 pukul 2.30 petang.

Kampung Matur

Kami berhenti sekali di Matur di mana tempat penjualan  hasilan labu. Di sinilah  terdapat cendul labu, kerepek labu dan segala  produk berasakan  labu. Malah kerepek jengkol (jering) juga terdapat di sini. Inilah satu keunikan yang terdapat di Matur. Kami sempat menikmati cendul labu. Memang sedap sekali. Cendul yang diperbuat daripada labu dan diberi  pewarna merah, hijau dan sebagainya. Harga semangkuk  cendul labu ialah Rp 10,000.00 (lebih kurang RM3.30). Nak cuba punya pasal, beli lah.

Minum Cendul Labu di Matur

Cendul Labu di Matur

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke sebuah Masjid. Kami sembahayang  Jamak di masjid di sini. Kami berada di sini  selama 1 jam. Ini bagi membolehkan semua ahli kumpulan dapat menunaikan kewajipan dengan sempurna. Sambil itu, aku juga dapat berehat.


Cendul Labu






Bersambung Hari 3 part 2












No comments:

Post a Comment