Saturday 13 December 2014

Hari Kedua : 09/12/2014 (Selasa) Part 1



Hari Kedua 09/12/2014 (Part 1)
Selasa

Sulaman Soraya Bordir

Sulaman Soraya Bordir
Selepas sarapan pagi kami bertolak dari Hotel Royal Denai ke Sulaman Soraya Bordir. Kedai ini terletak di Jalan Pass Walikota, Kg. Gulai Bancah, Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Kami sampai di sini pukul 8.30 pagi waktu Sumatera. Di sini juga ada perkhidmatan menjual tenunan dan sulaman seperti telekong. Rata-rata harganya adalah berbeza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.


Ruang Pameran  di Soraya Bordir

Pelbagai jenis sulaman

Pameran hasil sulaman


Sanjai Lado Ummi Aufa Hakim

Ada di antara kami memborong kerepek. Kerepek yang dihasilkan sendiri oleh perusahaan Ummi Aufa Hakim. Memang sedap rasanya. Kami berada di sini cuma 40 minit aje. Ramai pengunjung dari Malaysia datang ke sini. Ada yang datang dari Klang. Ada yang datang dari Seremban. Kebanyakan mereka berkunjung ki sini sempena cuti persekolahan di Malaysia.

Mesin pengadun kerepek

Mesin pemotong ubi 


Kedan menjual produk berasaskan kerepek
Bahagian hadapan kedai



Sulaman Hjh Rosma

Kami  terus ke Sulaman Hjh. Rosmah. Pak Pahmi memberi penerangan tentang Sulaman Hjh Rusma. Pusat Sulaman ni merupakan pusat latihan kemahiran persendirian bagi anak-anak kampung dan juga mereka yang berada di luar Bukit Tinggi. Kebanyakan pelajarnya terdiri daripada remaja wanita lepasan sekolah menengah atas. Kursus sulaman ini mengambil masa selama 3 bulan. Mereka didedahkan dengan pelbagai jenis sulaman. Di sini juga disediakan asrama. Penghuni asrama tinggal di sini untuk tempuh latihan yang diberi.

Di kedai Sulaman Hjh. Rosma

Papan tanda ke Sulaman  Hjh Rosma

Semasa kami melawat ke sini, hanya ada seorang sahaja pelajar perempuan. Kata Pak Pahmi yang lain sedang bercuti. Yang seorang ni dari Palembang. Beliau meneruskan  kemahiran di sini selama setahun. Kami sempat juga mencuba untuk menyulam. Ha...memang memerlukan kesabaran. Satu baju sulam, masa yang dihabiskan ialah 3 bulan. Nah..bukan mudah. Patut lah harga setiap pasang baju mencecah Rp 500,000.00. Jangan terperanjat ya.

Di ruang kerja Sulaman Hjh. Rosma
Di bahagian hadapan pula adalah tempat kantor(pejabat)  perniagaan Bagi yang berminat boleh pilih mana yang dihajati. Bagi pencinta  sulaman, tempat ini lah yang paling sesuai untuk dilawati.  Nak belajar di sini pun boleh. Daftar segera. Bayaran dikenakan sebanyak Rp 2,000,000.00 hingga Rp 3,000,000.00 diperlukan untuk kos setahun. Makan, masak sendiri. Kalau berminat boleh daftar. Balik kampung boleh buka  kedai sulaman sendiri. Kalau di Malaysia sulaman tangan seperti ini memang sukar dijumpai.  Kami berada di Sulaman Hjh Rusma kira-kira 1 jam sahaja.Kebanyakan daripada kami hanya tengok-tengok harga aje.


Jalan masuk ke rumah Sulaman Hjh, Rosma


Rumah kediaman Hjh. Rosma


Jagung Supermanis F1-Aina

Pak Pahmi memberi tahu kami, perjalan seterusnya   ke Jagung Supermanis F1-Aina. Orang di sini mengenali sebagai Jagung Paya Kumbuh. Kami sampai di sini jam 9.30 pagi. Kedainya terletak sebelah jalan menuju ke Lembah Harau. Pak Pahmi kata. Jagung ni manis. Jagung Super Thailand.

Restaurant Jagung Supermanis F1
Kami amat kagum dengan pekerja di sini. Kebanyakan adalah perempuan. Di sini juga kami lihat proses bagaimana daripada bahan mentah dijadikan pelbagai produk berasaskan jagung. Apa yang kami lihat ialah bagaimana jagung dipotong-potong Kulit jagung diasingkan untuk  dijadikan makanan haiwan seperti lembu. Jagung kemudiannya direbus. Selepas itu baru dijadikan produk yg dikehebdaki.

Proses pemotongan jagung

Apa yang menarik di sini, pelbagai produk berasaskan jagung dapat dihasilkan. Kata Pak Pahmi, produk seperti jagung rebus, minuman jus jaung, jemput-jemput jagung, kerepek jagung dan lain-lain. Jus dalam bentuk biasa atau pun sejuk.


Pekerja wanita sedang memasak jagung untuk dijadikan produk yang boleh dimakan

Apa lagi, aku cuba jemput-jemput jagung. Aku beli kerepek dan jus jagung. Kami makan bersama. Boleh tahan enak ya. Kalau nak cuba boleh datang kat sini. Kami berada di sini selama sejam. Kami duduk makan jagung dan bersantai-santai aje. Kedai Super manis  ini terletak di Paya Kumbuh. Pada tahun  2011 aku pernah datang ke Bukit Tinggi. Tapi tak lah ke sini. Waktu tu masa tak mengizinkan.

Kerepek dan jemput-jemput jagung

Kami meneruskan perjalanan ke Lembah Harau. Di sepanjang perjalanan , kami dapati ada kerepek berwarna merah. Kami tanya Pak Pahmi. Katanya itu warna merah itu bukanlah perwarna.Tapi warna itu diperbuat daripada sejenis pokok. Pemandangan seperti ini memang banyak. Anda boleh dilihat di tepi-tepi jalan.


Icon  Jagung Supermanis F1

Lembah Harau/Lembah Echo

Kami sampai Lembah Harau pukul 11.45 pagi. Memang tepat sekali pemandangannya amat indah sekali. Sebenarnya Lembah Harau tidak ada dalam itinerari kami. Tapi oleh kerana masa banyak, aku minta pada Pak Pahmi memasukkannya. Beliau bersetuju dengan permintaan kami. Kami ke Lembah Echo. Kami naik ka atas melihat pemandangan yang indah. Ternyata pemandangan di sini amat indah.Kami bergambar beramai-ramai. Rupa-rupanya di kaki bukit Lembah Echo ini adalah tanah adat. Kelihatan sawah padi dan tanaman berambang (bawang) di tanam oleh petani. Hanya kawasan tertentu aje dimiliki oleh pemerintah.

Pemandangan di Lembah harau

Kami meneruskan perjalanan ke Lembah Harau. Ternyata terdapat air terjun di sini.Pemandangan indah.Kami ambil gambar lagi. Untuk pengetahuan anda, di sini terdapat gerai makanan dan cenderhati. Semuanya diusahakan oleh penduduk tempatan. Oleh kerana cuaca mendung dan hujan renyai-renyai, maka kami bergegas ke bas. Kami sempat sekali lagi mengambil gambar berlatarbelakangkan Grand Kanyon Lembah Harau. Amat menarik sekali pemandangan di sini.

Lembah Echo
Jam menujukkan pukul 1.00 tgh. Kami perlu meneruskan  perjalanan ke Kg Tabek Patah. Sebenarnya itinerari kali ni ialah mengelilingi Gunung Merapi. Gunung Merapi merupakan Gunung yang kedua tinggi di Bukit Tinggi selepas Gunung Singgalang.

Pemandangan di Lembah Echo


Lemhah Harau terletak  dekat kota Payakumbuh. Lembah ini diapit oleh dua bukit dengan ketinggian 150 meter. Bentuk topografi Lembah Harau berbukit dan bergelombang Persekitarannya kelihatan indah dan nyaman.


Homestay di Lembah Echo

Sekitar  Lembah Harau terdapat tebing granit  dengan ketinggian adi antara 80 hingga 300 meter.Di sini juga terdapat binatang perlindungan seperti monyet ekor panjang, siamang, harimau  sumatera, beruang, tapir landak, burung kuau dan lain-lain lagi.

Rumah istirehat di Lembah Echo
Di sini juga terdapat Lembah Echo satu tempat dijadikan acuan di mana jika ada orang berteriak akan menghasilkan gema yang sempurna.Apa yang jelas, jika seseorang itu berteriak , akan menghasilkan gema sebanyak 7 kali dengan sempurna. Di katakan bahawa kononnya  Lembah Echo adalah satu-satu tempat di dunia menghasilkan gema dengan sempurna.


Pemandangan sebuah rumah adat di Lembah Harau

Sebuah cafe di Lembah Echo

Kali ini perjalanan kami mengambil masa 1 jam. Perjalanan melalui pendakian tanah tinggi. Kami melewati berbagai kampung di pergunungan. Di sepanjang perjalanan, kami nampak beberapa orang penduduk membawa anjing menaiki motosikal. Apa yang menjadi kemuskilan kami, mereka tu muslim. Kami tanya kepada Pak Pahmi mengenai perkara ni. Pak Pahmi menerangkan itu tak apa asalkan kering. Yang tak boleh air liurnya. Katanya lagi, mrteka cuma gunakan anjing sebagai perburuan aje. Pamerhatian aku jelas. Seorang penduduk tempatan menaiki spider (motosikal) menyediakan 2 bakul di kiri kanan motosikal. Bakul itu  sebagai tempat meletakkan anjing untuk tujuan perburuan. Katanya untuk perburuan. Ada juga pemuda Islam menaiki motosikal membawa anjing di  dalam bakul spider seperti haiwan peliharaan kesayangan. Bagi kami, situasi seperti ini agak janggal, kalau di Malaysia.

Air terjum di Lembah Harau

Ladang berambang (bawang) di Lembah harau

Perusahaan Kopi di Kg. Tabek Patah

Akhirnya bas yang membawa kami sampai juga di Kampung Tabek Patah. Kampung ini terletak di kawasan tanah tinggi. Kami merehatkan diri di sini. Terdapat pembuatan kopi yang diproses secara manual. Kebanyakan pekerjanya terdiri dari kaum wanita yang kelihatan  begitu gigih melakukan kerja. Mereka meneruskan kerja  walaupun adanya kehadiran kami.

Pemandangan hadapan di perusahaan Kg. Tabek Patah

Di sini juga ada pemprosesan kerepek pisang dan pembuatan pisang salai. Kami dibenarkan menikmati teh daun kopi secara percuma. Pengunjung di beri kemudahan untuk membeli kerepek berasaskan ubi, pisang. Begitu juga haruman kayu manis terdapat di sini. Apa lagi aku sendiri tak melepaskan peluang untu merasai setiap jenis produk yang dipromosikan.

Proses pembungkusan kopi secara manual

Kopi yang telah dibungkus

Proses membuat pisang salai

Proses awal membuat pisang salai

Pisang salai yang telah siap untuk dibungkus

Di satu sudut lain  disediakan bangku untuk pelancung duduk bagi menikmati kopi dan teh daun kopi. Kami berada di sini sejam sebelum meneruskan perjananan untuk makan tengahari. Terasa lapar yang teramat sangat. Seterusnya destinasi kami ialah ke Rumah Makan Pondok Flora di Tengah   Sawah.




Pemandangan hadapan Rumah Makan di Pondok Flora


Bus yang membawa kami dalam trip ini





No comments:

Post a Comment