Monday 15 December 2014

Hari Keempat – 11/12/2014 (Part 1)

Hari Keempat  – 11/12/2014 (Part 1)
Khamis

Pukul 5.00 pagi aku terjaga. Puas rasanya tidur kali ni. Malam tadi sangat kepenatan. Selepas solat subuh aku turun ke Lobby Hotel. Aku cuba akses internet. Maklumlah kat dalam bilik tidak dapat akses. Ternyata apa yang aku harapkan menjadi kenyataan. Akses internet di Lobby Hotel agak memuaskan. Maklumlah waktu ini tiada pengguna selain daripada aku. Aku menghabiskan masa  kira-kira setengah jam sahaja.


Sebuah  sekolah dasar di Bukit Tinggi

Pasar Bawah

Waktu masih pagi. Aku keluar dari Hotel Royal Denai untuk berjogging sambil melihat-lihat persekitaran di Bukit Tinggi. Aku berjogging ke arah sebelah  kiri jalan  di hadapan Hotel Royal Denai. Buat-buat macam tau jalan aje. Aku terus berjogging ke arah Pasar Bawah. Aku pun tak tahu jalan. Tapi buat selamba sahaja. Macam penduduk tempatan.  Kehadapan sedikit aku jumpa sekolah. Ternyata sekolah yang aku jumpa tu adalah sekolah dasar. Seorang demi seorang  aku jumpa kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapa menggunakan  spider(motosikal). Pakaian uniformnya baju putih dan seluar panjang merah tua. Kalau di Malaysia, sekolah dasar ini seperti sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6.


Pasar Bawah di Bukit Tinggi

Aku meneruskan jogging ku. Aku jumpa pusat pemotongan hewan. Sah, aku dapat  mengagak, inilah pusat penyembelihan. Aku cuba cari Pasar Bawah. Mesti tak jauh dari sini. Tekaan aku menjadi kenyataan. Aku terus berjogging  dan akhirnya bertemu orang ramai  sedang menjaja barangan sayuran dan buah-buahan. Aku ke hadapan lagi sedikit dan terpandang label Pasar Bawah Bukit Tinggi. Aku menyusuri seorang diri di celah-celah manusia berjaja di pasar ini. Ternyata begitu kelam kabut di pasar bawah ini. Semuanya berjaja untuk mencari rezeki yang halal. Keadaan pasar agak tidak teratur. Kebersihannya  kurang memuaskan.
Pandangan hadapan Pasar Bawah Bukit Tinggi


Aku amati. Di sini lah peraih memuatkan  sayuran dan ikan serta ayam ke spider yang terletak di bahu jalan. Begitu juga ada yang menggunakan mobil untuk memuatkan sayuran yang dibeli. Aku mengagak mereka ni akan berjaja  masuk keseluruh kampung yang berdekatan di Bukit Tinggi. Rata-rata penggunaan bahasa Minang digunakan  oleh penduduk di sini. Aku tak nampak pun orang Cina atau India di Pasar Bawah ini.


Penjaja memjaja di bahagian bawah  Pasar 


Aku meneruskan jogging ku ke arah  jalan yang aku sendiri tak pasti. Tapi yang nyata, aku dapat melihat suasana pagi bagaimana penduduk Bukit Tinggi menjalani kehidupan seharian mereka.

Kemudian aku berpatah balik menuju kalan ke Hotel Rocky. Jaraknya kira-kira 1 km dari Pasar Bawah. Tidak terasa penat. Keadaan suhu di Bukit Tinggi dingin sekali. Di sepanjang jalan yang aku lalui untuk berjogging, aku berhenti sebentar jika ada pemandangan yang menarik. Aku tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Aku ambil gambar Rumah Sakit Stroke . Inilah satu-satunya rumah sakit  yang terdapat di Bukit Tinggi. Setelah aku rasakan penat, aku berpatah balik ke Hotel Royal  Denai  di mana tempat aku menginap.


Lori digunakan untuk menjual  sayur-sayuran


Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Apa lagi aku teruslah ke restaurant hotel untuk sarapan pagi. Menu untuk selama 3 hari tak jauh beza. Nasi gorang, mee kasar, mee halus, kolak (pengat), bubur kacang, lontong Bukit Tinggi, roti bakar, kuih muih Melayu Minang, dan juga telor masakan panas. Sementara air kopi, teh dan jus oren juga tersedia. Pilihlah aje  yang mana suka dengan selera. Pendek kata sarapan di hotel ni amat sesuai bagi mereka yang ambil pakej 5D 4N. Aku menghabiskan masa untuk sarapan pagi selama 40 minit. Kemudian aku terus ke bilik semula untuk membersihkan diri.

Pak Pahmi pemandu pelancung kami telah menyatakan agar kami berkumpul di Lobby Hotel pukul 9.00 pagi. Ini merupakan hari terakhir  kami berada di Hotel Royal Denai. Kami menginap di sini selama 3 malam sahaja. Sebelum itu aku sempat mengambil gambar di sekitar Hotel Royal Denai. Keadaan kolam renang yang menarik dan juga view yang mempersonakan.

Tepat pukul 9.00 pagi kami berkumpul di Lobby Hotel untuk check out. Pembantu Pak Pahmi, Pak Rahmat namanya menyusun  semua bagasi kami ke dalam bas. Kami meninggalkan hotel ni menuju ke Panaroma dan Lubang Jepang Bukit Tinggi.

Panaroma dan Lubang Jepang Bukit Tinggi


Lubang Jepang


Bas membawa kami menuju ke destinasi pertama untuk hari ini. Panaroma dan Lubang Jepang itulah destinasi yang dituju. Kira-kira 20 mini perjalanan kami sampai di tempat yang dituju.


Pintu hadapan Lobang Jepang


Kali ini, bayaran masuk ke Lubang Jepang terpaksa kami bayar. Ini tidak termasuk dalam pakej. Kami dikenakan bayaran sebanyak Rp 15,000.00 (RM5.00) perorang untuk dibayar kepada pemandu pelancung Lubang Jepang. Beliau memperkenalkan namanya sebagai Pak Malik.  Sebelum masuk ke Lubang Jepang, kami sempat mengambil gambar dengan panaroma yang indah di kawasan ini. Amat menarik sekali.


Terowong di Lubang Jepan


Akhirnya kami dibawa masuk ke Lubang Jepang (Trowong Peninggalan Jepun) yang kini dijadikan  objek wisata di Bukit Tinggi. Kami diberi penerangan oleh Pak Malik. Setiap sudut dalam trowong kami diberi penerangan terperinci. Aku sempat merakamkan video penerangan yang diberi oleh Pak Malik. Akan aku sertakan dalam blog ini setelah siap diedit nanti.

Ruang Amunisi
Lubang Jepang ini merupakan peninggalan bangunan berupa gua bawah tanah yang digunakan bangsa Jepang (Jepun) untuk tempat pertahanan askar Jepun. Lubang Jepang ini didirikan pada masa Jepun di tahun 1942-1945. Pada saat Jepun  menjajah bangsa Indonesia, pembangunan Lubang Jepang yang dilakukan dengan cara Romusa atau kerja paksa.


Dapur di dalam Lubang Jepang

Lubang Jepang tersebut selain digunakan untuk pertahanan tentera Jepun, di sini juga digunakan untuk penyimpanan senjata serta amunisinya, bukan itu saja kegiatan seperti perkumpaan tentera Jepun dilakukan disini. Bangsa Jepun  juga memasak di Lubang Jepang ini. Di sini juga digunakan bangsa Jepun  untuk memenjarakan dan menyiksa tahanan perang.


Lubang Jepang memliki keluasan sekitar 2 hektar di dalamnya. Anda akan dipandu dengan menuruni tangga yang telah dibangun. Lorong - lorong yang ada didalamnya memberikan tempat - tempat sesuai dengan keperluan  masing - masing.

Sebuah penjaran di Lubang Jepang

Lorong - lorong disetiap bangunan ini memang bercabang, dan masing - masing lorong digunakan untuk tempat yang sesuai dengan keperluan pada masa itu. untuk menjaga keasliannya, disetiap lorong dipasangi CCTV.


Pintu Pengintipan

Kami dapati Lubang Jepang ini mempunyai pelbagai cabang trowong seperti tempat penyimpanan senjata, dapur, tempat memenjarakan dan menyiksa tahanan serta bilik mesyuarat. Kami difahamkan buruh paksa yang digunakan bukanlah penduduk tempatan. Sebaliknya mereka mengambil buruh paksa dari Jawa, dan Sulawesi. Mereka tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan harapan rashia logang ini terjaga. Bahasa isyarat digunakan untuk memberi arahan. Kami difahamkan lebih 5,000 buruh paksa digunakan untuk menyiapkan lonang ini. Tenaga secara manual untuk membuat lobang ini.

Pintu keluar Lubang Jepang


Setakat ini apa yang menjadi kemuskilan kami ke mana batu atau tanah yang ditebuk itu dibuang. Sehingga sekarang ini tidak ada jawapan yang dapat diberikan. Itulah cerita Pak Malik selaku pemandu pelancung Lubang Jepang.

Papan tanda Panaroma

Kami menghabiskan masa di Lubang Jepang kira-kira 40 minit. Kami tidak perlu naik semula tangga. Bas kami menunggu di bawah. Kami sempat merakam gambar di bahagian pintu keluar. Kami menaiki bas semula dan di bawa semula ketempat pintu masuk Panaroma tadi. Kami diberi masa 1 jam di sini sehingga pukul 11.30 pagi. Kami melawat di kawasan panaroma dan juga menghabiskan saki baki rupiah yang masih ada dan shopping. Kebanyakan barangan cendermata. Apa lagi banyak lah barangan yang boleh dibuat pilihan seperti t-shirt, sandal kulit, tali pinggang, sulaman dan juga keychin. Di sini harga yang ditawarkan agak murah berbanding dekat Pasar Atas. Tidak ketinggalan juga kami sempat melihat panaroma dari menara tinjau di bahagian belakang  tempat shopping chenderhati. Aku sempat juga merakamkan gambar panaroma. Cukup indah sekali.


Panaroma Indah

Aswan Sulaman Bordir

Bus terus menuju ke Padang. Kami singgah sebentar di Aswan Sulaman Bordir. Di sini kami selaki lagi melawat kedai sulaman. Kononnya Cuma nak tengok-tengok. Akhirnya tertengok jubah bersulam. Pemilik kedai menawarkan sehelai jubah berharga Rp300,000.00 sehelai. Setelah tawar menawar (bukan nak beli pun) pemilik kedai menararkan  dengan harga Rp180,000.00 perhelai. Maka  ramailah datang membeli  jubah –jubah tu. Daripada tak nak beli, terbeli pula. Ini disebabkan tawaran harga yang amat rendah berbanding di tempat lain sebelum ini.




Restaurant  Simpang Raya Koto Baru

Kami menghabiskan masa di sini selama 30 minit sahaja. Tepat pukul 12.00 tengahari kami menaiki bas dan menuju ke sebuah Restauran. Perut mulai lapar. Maka kami berhentilah di Restaurant Simpang Raya Koto Baru. Restaurant ini menyajikan masakan  padang. Maka kami makalah sepuas-puasnya. Maklumlah semua harga dah dalam  pakej yang kami beli. Kami juga solat jamak di surau yang disediakan  oleh pihak pengurusan Restaurant ini. Kali ni suraunya bersih dan begitu juga bilik air dan tempat wuduk yang selesa.  Kami menghabiskan masa di sini sehingga pukul 1.50 tengahari.



Raustarant Simpang Raya Koto Baru

Rumah Makan


Makan Tengahari do Rumah Makan Simpang Raya


Pelbagai jenis lauk pauk yang dihidangkan

sebuah van persiaran


Bika Talago

Seterusnnya kami meneruskan perjalanan ke Padang. Dalam perjalanan kami sempat singgah di tempat membuat Bika Talago. Kami sempat melihat bagaimana Bika ini di masak menggunakan cara tradisional. Menggunakan kayu api . Tempat memasaknya amat panas. Rasa Bika Talago ini amat sedap. Maklumlah dimasak secara manual. Bukan menggunakan gas. Sekeping dijual dengan harga Rp 3,000.00. Bika Talago berperisa kelapa dan juga berperisa pisang. Aku lihat pekerjanya amat tekun bekerja. Kesungguhannya bekerja menyebabkan aku merasa terpesona. Bagaimana pekerja di sini bekerja bersungguh-sungguh mencari nafkah yang halal.


Papan tanda Bika Talago




Kami sempat mencuba Bika  Talago itu. Memang ternyata sedap rasanya. Sempat kami membeli untuk di makan di dalam bas. Maklumlah perjalanan masih jauh lagi untuk sampai ke Padang.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan . Selepas Koto Baru, perjalanan kenderaan menjadi perlahan dan akhirnya terperangkap dalam suasana macet. Rupa-rupanya dihadapa sana ada kerja-kerja menurap jalan. Maklumlah, jalan yang kami lalui ni merupakan jalan utama dari Bukit Tinggi ke Padang. Terpaksalah tunggu. Kami terperangkap dalam suasana macet ini selama 40 minit. Nak buat macam mana. Terpaksa tunggulah.

Membuat Bika Talago


Kami menanti dengan penuh kesabaran. Akhirnya  situasi macet itu beransur pulih. Kami menuruni Bukit Tinggi. Tak jauh daripada  kawasan macet , kami sudah melihat aliran air terjun menurni lembah-lembah. Akhirnya kami sampai ke Air Terjun Lembah Anai..


Bersambung ...........Hari Keempat (Part 2)

No comments:

Post a Comment