Saturday 13 December 2014

Hari Pertama: 08/12/2014 (Isnin)

KLIA 2


Sebenarnya kami telah membeli tiket 3 bulan yang lepas menggunakan booking online. Aku selaku ketua kumpulan  dapat booking dengan harga RM500.00 perorang untuk dewasa bagi perjalanan pergi dan balik. Harga ini dianggap agak mahal. Untuk mendapatkan harga murah, kena tempah  lebih awallah.Tapi harga ini termasuk makan dan 20 kg berat bagasi untuk pergi dan 25 kg untuk balik.Kira boleh lah tu.

KLIA 2

Sampai aje , kami bergegas ke kaunter check in. Kami tengok jadual penerbangan. Oh...check in di kaunter U 1 -U14. Kami pilih kaunter U11  untuk urusan lauggage. Ramai nya manusia ketika ni. Alhamdulilah...semua urusan selesai.

Tempat menunggu di KLIA 2


Kami terus ke surau yang berada di tingkat atas untuk menunaikan solat. Keadaan surau adalah lapang dan selesa. Jam menunjukan 6.15 pagi.Takut tertinggal.Kami cepat-cepat masuk ke balai berlepas di pintu P7. Pemeriksaan amat ketat sekali. Kami kena dua kali pemeriksaan. Semuanya selesai.

Pesawat Air Asia di KLIA 2

Kami berserta rombongan berlepas dari KLIA 2 pukul 7.50 pagi menuju ke Bandara Minangkabau (Bandarudara), Padang, Sumatera. Lebih kurang 1 jam kami berada di perut pesawat, akhirnya selamat mendarat.


 
Airport International Minangkabau

Pesawat AK 404 yang kami naiki
Airpot International Minangkabau merupakan satu-satunya pintu masuk ke Padang. Airpot ni taklah besar sangat. Airport Sultan Ismail Johor Baharu lagi besar. Kami perlu mengisi borang khas sebagai pelawat sebelum melepasi imigresen di Padang. Kami kena tunjukkan tiket nak balik. Ini sebagai satu prosedur di sini. Jadi jika anda nak ke sini, awal lagi kena sediakan tiket balik supaya tak ditanya macam-macam nanti.

Pemeriksaan  kepada  pelawat/warga asing

Selepas itu barulah kami ambil lauggage. Wow...memang banyak.Seorang satu beg. Kami pergi seramai 15 orang. Ini bermakna ada 15 beg. Aku selaku ketua rombongan kena pastikan semua urusan luggage selesai. Kita Holiday's merupakan Travel Agen yang akan membawa kami sepanjang kami berada di Padang Bukit Tinggi untuk tempuh  5D 4N. Aku berurusan dengannya melalui intertnet dan WhatsApps aje. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan baik.

Di luar  tempat menunggu, Airport Minangkabau

Kami ambil pakej RM586.00 perorang untuk 5D 4N dengan penginapan hotel bertaraf 3 bintang di Bukit Tinggi dan 4 bintang di Padang. Kanak-kanak dikenakan 55 peratus dari harga dewasa. Kira oklah tu.

Bas yang membawa kami di Airport

Pemandu pelancung kami Pak  Pahmi telah menunggu. Bas memuatkan 22 orang penumpang tersedia. Semua dah bersedia dan masukkan beg ke bas. Pemandu pelancung memperkenalkan diri. Salam pengenalan.

Bersedia untuk ke bas yang menunggu kami


Sarapan Pagi di Rumah Makan Lamun Ombak

Kami dibawa ke rumah makan. Kebanyakan daripada kami belum sarapan pagi. Ini tidak termasuk dalam pakej kami. Kos makan ditanggung sendiri. Rumah Makan Lamun Ombak destinasi pertama kami untuk hari pertama. Makan untuk alas perut. Mat salleh kata untuk breakfast. Pelbagai jenis makanan ada dijual di sini. Kami membuat tempahan  makanan ringan. Di sini tempah  kopi atau kopi o sama aja.Tetap kopi tak ada susu. Tempuh 40 minit berlalu, kami terus ke destinasi kedua iaitu Air Terjun Lembah Anai.
Rumah Makan Lamun Ombak

Hujan lebat ketika kami sampai di sini. Jadi program ni kena tangguh lah. Kata Pak Pahmi air terjun digemari oleh pengunjung tempatan. Basuh muka boleh menjadikan seseorang awet muda. Kau orang tak percaya, jom ke sini.Umur akan menjadi 10 tahun lebih  muda.Tapi aku  belum awet muda sebab belum berpeluang basuh muka lagi.
Di hadapan rumah Makan Lamun Ombak


Pusat Informasi dan Dokumentasi Minangkabau di Padang Panjang

Rumah Gadang merupakan destinasi ketiga.Kami sampai di sini pukul 11.30 pagi. Kami bertembung dengan kumpulan dari Klang di Pusat Informasi ini.Pusat informasi wajib dikunjingi oleh pelancung yang  melancung di sini..Kalau tak,  anda dikatakan belum sampai Padang. Jadi ada 3 kumpulan semuanya dari Malaysia waktu kunjungan kami ke sini.

Pusat Dokumentasi Minangkabau

Pegawai bertugas memberi penerangan tentang rumah gadang. Gadang bererti besar. Katanya rumah ini ada 9 bilik. Setiap bilik dihuni oleh satu keluarga. Ini bererti ada 9 keluarga. Rumah gadang ini merupakan tempat tinggal pasangan yang baru kahwin. Tempat tinggal sementara aje. Jika dah mampu untuk berdikari, barulah keluar dari rumah gadang dan tinggal di rumah sendiri.

Penerangan kepada  pelawat yang datang

Di anjung  Rumah Dokumentasi

Di bahagian dalam  rumah dokumentasi

Kaunter di rumah dokumentasi

Pemandangan di bahagian luar
Orang Minangkabau mengamalkan hidup tolong menolong.Tanah bendang dikerjakan bersama oleh ahli keluarga .Hasil padi disimpan di rumah yang disediakan khas yang dikenali sebagai "rangkiang".. Rumah  rengkiang bertiang 4 dikhaskan untuk  hasil padi bagi  upacara adat.Contoh nikah kahwin. Rumah rengkiang bertiang 6 untuk  penyimpanan hasil padi untuk kegunaan harian. Rumah rengkiang bertiang 9 ialah  untuk kegunaan kampung.
Sebuah rumah rangkiang untuk kegunaan penghuni rumah gadang

Kami berada di sini selama 1 jam aje. Di rumah ini juga disediakan pelamin untuk sesi bergambar. Boleh ambil gambar berdua dengan memakai  baju pengantin  Minangkabau. Hujan masih turun lagi di sini. Kali ini tak berapa lebat. Kami meninggalkan Pusat Dokumentasi pukul 12.30 tengahari.


Pelamin di rumah gadang


Pengunjung diberi peluang bergambar di pelamin yang disediakan

Perut dah lapar.Kami minta Pak Pahmi ke rumah makan untuk makan tengahari. Kali ini kami ke Rumah Makan Pak Datuk. Yang pastinya menu kali ini nasi padang.Sampai aje di sini, makanan telah  terhidang. Banyak lauk di atas meja. Sungguh menyelerakan. Kami makanlah sepuas-puas hati. Kalau biasa restaurant akan kenakan bayaran apa yg di makan aje. Tapi sebab makan dah termasuk dalam pakej,  kami makan ajelah. Lauk terhidang ialah sambal cili api,ayam goreng, daging rendang, sayuran dan sebagainya. Di sini ada kemudahan akses  WiFi  secara percuma. Passwordnya ialah 44444444.

Sulaman Mayang Taurai

Sulaman Mayang Taurai
Destinasi seterusnya, kami ke Pusat Sulaman Mayang Taurai. Pusat ini terletak di Padang Panjang. Pelbagai sulaman seperti telekong dengan pelbagai tema dijual di sini. Kami difahamkan  pusat ini baru dibuka enam bulan lepas.

Baju sulaman


Pusat Sulaman Putri Minang

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pusat Sulaman Putri Minang.Kami melalui Pasir Panjang. Sepanjang perjalanan kami melihat pemandangan yang indah. Di sebelah kiri menuju Bukit Tinggi kami lihat pemandangan indah  Gunung Singalang. Ketinggianya 2,750 meter dari aras laut. Di sebelah kanan pula kelihatan Gunung Metapi. Ketinggiannya mencecah 2,875 meter dari aras laut. Gunung ini dikatakan masih aktif lagi. Akhirnya sampailah juga kami ke lokasi yang dituju. Pelbagai jenis sulaman terdapat di sini. Telekong terjual di sini. Begitu  juga baju batik dan pelbagai jenis t-shirt.Harga tak jauh beza dengan pusat sulaman Mayang Taurai yang lami lawati sebelum ini.


Sulaman Puteri Minang

Ruang pameran

Membeli belah di Puteri Minang
Ruang pameran di Sulaman Puteri Minang


Pusat Sulaman Pandai Sikek

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Pusat Sulaman Pandai Sikek. Kami melalui jalan yang agak macet (sibuk). Pada masa ini  pekan Koto Baru ada pasar jualan hasil bumi (hasil pertanian) Kami perhatikan jalan sempit dan pelbagai kenderaan ada di kiri kanan jalan.  Faktor inilah menjadi penghalang kepada kenderaan lain yang menyebabkan  suasana macet.Walau apa pun akhirnya kami sampai juga ke perkampungan Pandai Sikek.

Pandai Sikek

Di sini juga terdapat pelbagai jenis sulaman. Untuk menenun kain masa yang diambil ialah selama 3 bulan. Jubah juga dijual di sini.Tapi tak banyak. Pendek kata  di sepanjang perjalanan ini, kami dapati pusat sulaman begitu banyak sekali. Bagi kaum wanita yang suka sulaman,  tempat inilah lokasi dicadangkan.

Ruang pameran di  Pandai Sikek

Tak jauh dari sini, terdapat tempat ukiran kayu.Ini adalah hasil kerja tangan. Dilakukan secara manual. Pelbagai jenis ukiran kayu yang ditempah oleh pelanggan. Kesungguhan orang-orang di sini mempersonakan kami. Kehadiran kami tidak dihiraukan. Mereka terus membuat kerja masing-masing dengan khusuk dan tawaduk.

Ruang pameran


Beberapa tempat sulaman yang belum kami singgahi. Pusat sulaman berkenaan ialah Pusat Sulaman Selindung Bulan, Pusat Sulaman Cany, Pusat Sulaman Annisa seperti yang terdapat dalam itinerari.

Sebuah bangunan di Pandai Sikek

Pusat ukiran di Pandai Sikek

Hasil barangan kulit


Check in Hotel di Hotel Royal Denai

Pemandangan hadapan di Royal Denai Hotel *** bintang

Selepas perkampungan Pandai Sikek,  kami menuju terus ke tempat penginapan di Hotel Royal Denai. Hotel ni terletak di tengah bandar Bukit Tinggi. Kami check in pukul 4.00 petang.Kami menempah  sebanyak 7 bilik untuk trip kali ini Aku selaku ketua rombongan  mendapat bilik 105.Tapi dah tersalah booking.Pemandu pelancong tak ikut apa yg aku nak. Aku mintak tukar bilik. Hotel beri bilik 207. Bila masuk, kemudahan seperti  telefon  tidak berfungsi. Lampu tak hidup dan suasana di bilik panas. Aku mintak tukar bilik bawah tapi dah penuh. Pengurusan hotel memberi aku bilik 205. Pengurusan hotel berjanji, keesokan hari baru tukar bilik bawah. Aku akur dengan maklumat ini. Apa lagi kami pun berehatlah. Aku berehat untuk tempuh satu jam aje.

Pandangan dari hadapan di Hotel Royal Denai 


Hotel Royal Denai bertaraf 3 bintang

No comments:

Post a Comment