Hari Pertama (08/12/2014-Isnin)
Awal-awal pagi kami telah bangun seawal pukul 4 pagi. Kami tunggu van yang dijanjikan. KatNya akan ambil kami pada waktu berkenaan. Tunggu punya tunggu van yang dijanjikan tak muncul juga. 20 minit berlalu. Kami ambil plan kedua. Apa lagi start kereta terus menuju KLIA 2. Kami dah nekat parking aje kat KLIA 2.Kami pandu agak laju 120km/jam.Akhirnya sampai ke destinasi pukul 5.00 pagi.
Sebenarnya kami telah membeli tiket 3 bulan yang lepas
menggunakan booking online. Aku selaku ketua kumpulan dapat booking dengan harga RM500.00 perorang
untuk dewasa bagi perjalanan pergi dan balik. Harga ini dianggap agak mahal. Untuk
dapat murah, kena booking lebih awal lah.Tapi harga ni termasuk makan dan 20 kg
berat bagasj untuk pergi dan 25 kg untuk balik.Kira boleh lah tu.
Sampai aje , kami bergegas ke kaunter check in. Kami tengok
jadual penerbangan. Oh...check in di kaunter U 1 -U14. Kami pilih kaunter
U11 untuk urusan lauggage. Ramai nya
manusia ketika ni. Alhamdulilah...semua urusan selesai.
Kami terus surau yang berada di tingkat atas. Lapang dan
selesa. Jam menunjukan 6.15 pagi.Takut tertinggal..cepat-cepat masuk ke balai
berlepas.Pintu P7. Pemeriksaan amat ketat sekali.Kami kena dua kali
pemeriksaan. Semuanya selesai.
Kami berserta rombongan berlepas dari KLIA 2 pukul 7.50 pagi
ke Lapangan terbang Minangkabau, Padang, Sumatera. Lebih kurang 1 jam berada di
perut pesawat akhirnya kami selamat mendarat.
Airport International Minangkabau
Airpot International Minangkabau merupakan satu-satunya
pintu masuk ke Padang. Airpot ni taklah besar sangat. Airport Sultan Ismail
Johor Baharu lagi besar. Kami perlu mengisi borang khas sebagai pelawat sebelum
melepasi imigresen di Padang. Kami kena tunjukkan tiket nak balik. Ini sebagai
satu prosedur di sini. Jadi jika anda nak ke sini, awal lagi kena sediakan
tiket balik supaya tak ditanya macam-macam nanti.
Selepas tu barulsh kami ambil luggage. Wow...memang
banyak.Seorang sat beg. Kami pergi seramai 15 orang. Ini bermakna ada 15 beg.
Aku selaku ketua rombongan kena pastikan semua urusan luggage selesai. Kita
Holidays merupakan Travel Agen yang akam membawa kami sepanjang kami berada di
Padang Bukit Tinggi selama 5D 4N. Aku berurusan dengannya melalui intetnet dan
WhatsApps aje. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan baik.
Kami ambil pakej RM586.00 perorang untuk 5D 4N dengan penginapan
hotel 3 bintang di Bukit Tinggi dan 4 bintang di Padang. Kanak-kanak dikenakan 55
peratus dari harga dewasa. Kira oklah tu.
Pemandu pelancung kami Pak Fahmi telah menunggu. Bas memuatkan 22 orang
penumpang tersedia.Semua dah bersedia dan masukkan beg ke bas. Pemandu
pelancung memperkenalkan diri...salam pengenalan.
Sarapan Pagi
Kami dibawa ke rumah makan. Kebanyakan daripada kami belum
sarapan pagi. Ini tidak termasuk dalam pakej kami. Kos makan ditanggung
sendiri. Rumah Makan Lamun Ombak destinasi pertama kami untuk hari
pertama.Makan untuk alas perut. Mat sallek kata..breakfast. pelbagai jenis
makan ada dijual di sini. Kami order makanan ringan. Di sini order kopi or kopi
o sama aja.Tetap kopi tak ada susu.40 minit berlalu kami terus ke destinasi kedua
Air Terjun Lembah Anai.
Hujan lebat ketika sampai di sini.Jadi program ni kena
tangguh lah. Kata Pak Fahmi air terjun digemari oleh pengunjung tempatan. Basuh
muka boleh menjadikan seseorang awet muda. Kau orang tak percaya, jom ke
sini.Umur 10 tahun muda.Tapi kami belum awet muda sebab belum berpeluang basuh
muka lagi.
Pusat Informasi dan Dokumentasi Minangkabau di Padang
Panjang
Rumah Gadang merupakan destinasi ketiga.Sampai di sini pukul
11.39 pagi. Kami tertempung dengan kumpulan dari Klang di Pusat Informasi.Wajib
dikunjungi.Kalau tak anda dikatakan belum sampai Padang. Jadi ada 3 kumpulan
semuanya dari Malaysia.
Pegawai bertugas memberi penerangan tentang rumah gadang.
Gadang bererti besar. Katanya rumah ini ada 9 bilik. Setiap bilik dihuni oleh
satu keluarga. Ini bererti ada 9 keluarga. Rumah gadang ini merupakan tempat
tinggal pasangan yang baru kahwin. Tempat tinggal sementara aje. Jika dah mampu
barulah keluar dari rumah gadang dan tinggal di rumah sendiri.
Orang Minangkabau mengamalkan hidup tolong menolong.Tanah
bendang dikerjakan bersama oleh ahli keluarga .Hasil padi disimpan di rumah
yang disediakan khas. Rumah 4 tiang hasil padi untuk upacara adat.Contoh nikah
kahwin. Rumah 6 tiang panyimpanan hasil padi untuk kegunaah harian. Rumah 9
tiang untuk kegunaan kampung.
Kami berada di sini 1 jam aje. Dirumah ini juga disediakan
pelamin untuk sesi bergambar. Boleh ambil gambar berdua guna banu pengantin Minangkabau.
Hujan masih turun lagi di sini. Kali ni tak berapa lebat.
Kami meninggalkan Pusat Dokumentasi pukul 12.30 tgh.
Perut dah lapar.Kami minta Pak Fahmi maman tengahari. Kali
ni kami ke Rumah Makan Pak Datuk. Yang pastinya menu kali ini nasi
padang.Sampai aje di sini, makanan dah terhidang. Banyak lauk di atas meja.
Sungguh menyelerakan. Kami makanlah sepuas-puas hati. Kalau biasa restaurant
akan kenakan bayaran apa yg di makan aje. Tapi sebab makan dah termasuk dalam
pakej, kami makan ajelah. Lauk terhidang
ialah sambal cili api,ayam goreng, daging rendang, sayuran dan sebagainya. Di
sini ada memudahan access WiFi .Password 44444444.
Sulaman Mayang Taurai
Destinasi seterusnya kami ke Pusat Sulaman Mayang Taurai.
Pusat ni terletak di Padang Panjang. Telekong sulaman pelbagai design ada di
sini. Kata pengusaha pusat ini kedainya baru dibuka 6 bulan lepas.
Pusat Sulaman Putri Minang
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pusat Sulaman Putri
Minang.Kami melalui Pasir Panjang. Sepanjang perjalanan kami melihat
pemandangan yang indah. Di sebelaj kiri menuju Bukit Tinggi kami lihat Gunung
Singalang. Ketinggianya 2750 m dari aras laut. Di sebelah kanan pula kelihatan
Gunung Metapi. Ktinggiannya 2875 m dari arad laut.Gunumg ini dikatakan masih aktif
lagi. Akhirnya sampailah juga kami ke lokasi yang dituju. Pelbagai jinis
sulaman terdapat di sini. Telekong terjual di sini.Pun juga baju batik dan
pelbagai jenis t-shirt.Harga tak jauh beza dengan pusat sulaman Mayang Taurai.
Pusat Sulaman Pandai Sikek
Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Pusat Sulaman
Pandai Sikek. Kmi melalui jalan yang agak macet. Di pekan Koto Baru ada pasar
jualan hasil bumi. Kami perhatikan jalan sempit dan pelbagai kenderaan ada di
kiri kanan jalan. Faktor inilah menjadi
penghalang kepada kenderaan lain.walau apa pun akhirnya kami sampai juga ke
Perkampungan Pandai Sikek.
Disini juga terdapat pelbagai jenis sulaman. Untuk menenun
kain bagi satu jenis mengambil masa 3 bulan. Jubah juga dijual di sini.Tapi tak
banyak.
Pendek kata di
sepanjang perjalanan ini kami dapati pusat sulaman begitu banyak sekali. Bagi
kaum wanita yang suka sulaman, tempat
inilah lokasi dicadangkan.
Tak jauh dari sini, tempat ukiran kayu.Ini afalah hadil
kerja tangan. Dilakukan secara manual.Pelbagai jenis ukiran kayu yang ditempah
oleh pelanggan. Kesungguhanorang-orang di sini yang mempersonakan kami.
Kehadiran kami tidak dihiraukan. Mereka terus membuat kerja masing-masing
dengan khusuk dan tawaduk.
Beberapa tempat sulaman yang belum kami singgahi. Pusat
sulaman berkenaan ialah
Pusat Sulaman Selindung Bulan,Pusat Sulaman Cany,Pusat
Sulaman Annisa seperti yang terdapat dalam initerari.
Check in Hotel di Hotel Royal Denai
Selepas pandai Sikek,
kami menuju terus ke tempat penginapan di Hotek Royal Denai. Hotel ni
terletak di tengah bandar Bukit Tinggi. Kami check in pukul 4.00 petang.7 bilik
kami booking untuk group kali ni. Aku selaku ketua ambil bilik 105.Tapi dah
tersalah booking.Pemandu pelancong tak ikut apa yg aku nak. Aku mintak tukar
bilik. Hotel beti bilik 207. Bila masuk
tel tak fungsi. Lampu tak hidup dan bilik panad. Aku mintak tukar bilik bawah
Dah penuh. So di beri bilik 205. Pengurusan hotel berjanji keesokan hari baru
tukar bilik bawah. Aku akur dengan maklumat ni. Apa lagi kami pun betehat lah.
Untuk tempuh 1 jam aje.
No comments:
Post a Comment